Tuesday, 25 September 2007

Badar al-Kubra

Penceramah:Ustaz Anhar
Masa:5:55pm
Tempat:Musolla as-Saad

Setelah sekian lama, akhirnya ada jugak la update untuk blog tersayang nih.haish!dah lama nampaknya takde cetusan baru kat blog ni.Walaubagaimanapun, ceramah yang diadakan di surau as-Saad tercinta semalam telah membangkitkan rasa ingin berkongsi dengan sahabat seperjuangan samada yang hadir atau tidak.Input yang diberi oleh Ustaz Anhar mengenai peperangan Badar memang sangat menarik.Tapi, outputnye pun, mestilah seperti apa yang diharapkan oleh penganjur tekemuka(MUSCOM) dan juga penceramah itu sendiri.Diharapkan, output yang sedikit sebanyak di sini dihayati bersama oleh para pembaca bagi menghasilkan output yang lebih real iaitu kesan dalam pengamalan seharian.

Seprtimana yang kita sedia maklum, Ramadhan mempunyai nama lainnya juga.Antaranya ialah Shahru al-Intisar(dibaca shahrul-intisar) yang bermaksud bulan kemenangan. Ini adalah berdasarkan ayat daripada Surah al-Baqarah,ayat 183 yang berbunyi "Yaa ayyuhallaziina aamanu kutiba 'alaikummussiaamu kamaa kutiba 'alallaziina min qablikum la'allakum tattaquun" yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman,telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa".Hasil dari kemenangan itulah orang-orang yang beriman menjadi semakin bertaqwa kepada Allah.
Antara peristiwa yang masyhur dalam sejarah berlaku dalam bulan Ramadhan ialah Perang Badar al-Kubra.Perang in dinamakan Badar kerana berlaku di satu tempat yang bernama Badar.Berdasarkan sirah, perang Badar bukanlah sesuatu yang dijangkakan berlaku. Pada awalnya, Nabi Muhammad saw hanya memberitahu orang Islam untuk merampas barang dagangan Abu Sufyan bin Harb(kafir Quraisy) yang dalam perjalanan pulang dari Syam(Syria) ke Makkah.Hasil daripada perbahasan ulama' mengatakan bahawa sebab umat Islam dibolehkan 'pow' Abu Sufyan bin Harb ialah kaum Muhajirin telah meninggalkan banyak harta benda mereka di Makkah sewaktu berhijrah ke Madinah.Malah, ada yang hanya bergerak meninggalkan Makkah sehelai sepinggang.Ada juga yang meninggalkan anak-anak dan isteri.Namun, perkara ini diketahui oleh Abu Sufayan lantas menghantar utusan ke Makkah meminta bantuan dari sana. Lalu, Abu Jahal telah mengutuskan bala tentera yang lengkap bersenjata dan binatang tunggangan untuk memerangi kumpulan para sahabat dan Rasulullah saw. Dalam masa yang sama juga, kafilah Abu Sufyan berjaya melepaskan diri melalui jalan lain dan pulang ke Makkah dengan selamat.Walaubagaimanapun, umat Islam masih perlu menghadapi tentera kafir Quraisy yang dihantar oleh Abu Jahal. Sebab itulah, umat Islam berperang dalam keadaan yang serba kekurangan.Kerana mereka tidak merancang keluar untuk berperang.Ini telah dinyatakan dalam surah Ali Imran yang berbunyi "walahum azillah" yang bermaksud "dan mereka(tentera Islam) ketika itu dalam keadaan serba kekurangan".Dalam surah al-Anfal pula, Allah memberitahu Nabi saw bahawa mereka tidak akan berjumpa dengan kumpulan Abu Sufyan bin Harb bahkan kumpulan yang satu lagi(tentera utusan Abu Jahal).Dipendekkan cerita, umat Islam memenangi peperangan tersebut walaupun dalam keadaan serba kekurangan termasuk bilangan tentera yang sedikit yaitu 313 berbanding tentera kafir yang berjumlah 1000 dan lengkap dengan kelengkapan perang.Di dalam surah Ali Imran juga Allah mengatakan bahawa 3000 malaikat telah diutuskan bagi membantu tentera Islam.Allah juga mengatakan bahawa Dia telah menampakkan tentera Islam sedikit di mata tentera kafir supaya masing-masing merasakan mereka boleh memenangi peperangan tersebut dan sesungguhnya Allah menginginkan peperangan ini terjadi.Maka Allah mampu melakukan apa saja untuk melangsungkan peperangan tersebut.
Kesimpulannya, kita hendaklah yakin dengan pertolongan Allah dan mentaati perintahNya dan RasulNya.Ada hikmah disebaliknya.to be continued.......
pesanan penganjur-TEPATI waktu ceramah yang ditetapkan