Friday 31 August 2007

Nisfu Sya'ban atau Sya'ban?

Assalamualaikum WBT. Bulan sya’ban telah sampai pertengahannya 2 hari lepas(28/8).
Namun ada apa dengan pertengahan sya’ban? Ada apa dengan nisfu sya’ban?
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)
Akan tetapi hadith di atas tidak mengajar apa-apa amalan khusus di malam atau siang Nisfu Sya’ban! Dari mana asalnya? Siapa pula nabi yang mendapat wahyu yang mengajar kita tentang ibadah-ibadah yang tak di ajar oleh Nabi Muhammad SAW penutup segala rasul ini.
Ulas Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Sudahlah mennyebarkan bid’ah, kita lalai, lupa sehingga menjadi tali barut penipu dan pendusta dengan menipu masyarakat menggunakan nama Rasul. Ibadah yang tak pernah di ajar Nabi SAW dikatakan di ajar oleh Rasulullah SAW.
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)
Ustaz Asri Zainul Abidin menyebutkan:
Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat barat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. ialah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya. Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya. Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. samada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ianya disebut sebagai al-hadith. Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadith pada hakikatnya, Cuma ianya disebut hadith berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadith palsu ialah:
“Hadith yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara dusta, ianya tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi `Ulum al-Hadith, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut)
Apakah modal-modal atau hadiith-hadith palsu yang dijadikan hujah untuk menipu masyarakat ini dan secara tak langsung mengkhianati agama wahyu yang telah sempurna ini?
a) Hadis tentang kelebihan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban
Tidak terdapat hadis sahih yang menyebut bahawa Nabi saw menghidupkan malam Nisfu Sya’ban ini dengan amalan-amalan yang khusus seperti sembahyang sunat yang khas atau doa-doa tertentu. Malah semua hadis tersebut adalah lemah dan palsu. Di antaranya ialah:
- Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: ((Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar))..
Hadis ini adalah maudhu’, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.
- Diriwayatkan daripada Ibn Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda: ((Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).
Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’. (Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128). Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.
- Diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata: ((Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya)).
Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu’.
Kebanyakan hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih. Justeru, tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya. Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah saw akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.
Al-Hafiz al-Iraqi berkata: ((Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah saw. Hal ini juga disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’: “Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama)). (Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).
Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata: ((Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu)).
(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).
Ulamak kontemporari masa kini, Syiekh Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:
((Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah)).
Beliau menambah lagi:
((Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya)). (Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)
Para ulama muktabar lain seperti Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan. Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al- Suyuti:
((Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah)). (Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)
b) Hadis tentang kelebihan puasa yang khas pada hari Nisfu Sya’ban.
Berhubung dengan amalan puasa yang khas pada Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis sahih yang menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yang lemah. Tetapi jika seseorang itu berpuasa berdasarkan amalan Nabi saw yang memperbanyakkan puasanya pada bulan ini dan termasuk di dalamnya hari Nisfu Sya’ban, maka ini adalah suatu amalan yang baik dan digalakkan. Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa sunat Hari Putih dan termasuk di dalamnya hari yang ke -15 pada bulan ini atau puasa sunat yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis. Jika puasa ini dilakukan pada Nisfu Sya’ban sahaja dengan menganggap ia adalah sunnah, maka inilah yang dilarang. Menurut Dr Yusof al-Qaradhawi:
((Di dalam kaedah syara’, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syara’ kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata)).
(Rujuk Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah, 2/343)
Untuk apa kita sibuk-sibuk beramal dengan yang tidak sunnah sedangkan berapa banyak sunnah yang kita abaikan. Bahkan berapa ramai daripada kita meremehkan sunnah-sunnah ada, walaupun sudah mengetahui tentang nya. Lihatlah apa jadi dengan sunnah solat menghadap ke sutrah. Bid’ah nisfu sya’ban lebih popular dengan sunnah yang makin dilupakan ini, bahkan dipandang pelik orang yang sibuk-sibuk mencari dinding atau objek untuk dijadikan sutrah. Berapa ramai daripada kita yang mengamalkan bersiwak waktu nak solat, waktu nak baca al-Quran? Berapa ramai daripada kita bila mendengar azan akan berselawat? Berapa ramai daripada kita yang mengamalkan doa-doa dan zikir-zikir yang Nabi SAW ajar? Lihatlah, bid’ah semakin membiak dan sunnah semakin pupus.
Wassalam.

..if everyone is thinking alike, then somebody isn't thinking..

Tuesday 28 August 2007

Siapa Si Dia?

Tolong sampaikan pada si dia
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya. .
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya
walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..


"Sampaikan daripadaku walaupun 1 ayat"- hadith

Monday 27 August 2007

Ibadat yang disukai di bulan Syaaban

Terjemahan fatwa dari As-Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi
Disampaikan oleh As-Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi-Ketua Ulama' Muslimin Seluruh Dunia

Soalan-
Apakah amalan yang disukai(digalakkan) di bulan mulia Syaaban sebagai persediaan menghadapi Ramadhan?

Jawapan-(bukan terjemahan secara langsung tetapi secara mafhumnya)
Dari Sayyidah A'ishah r.anha,Rasulullah tidak pernah berpuasa secara tiga bulan berturut-turut dari Rejab, Syaaban, Ramadhan dan enam hari di bulan Syawal(tidak termasuk Hari Raya Aidil Fitri) .Dan sesungguhnya perkara ini tidak wurud(datang)
dari Baginda, para sahabat dan tidak juga dari at-tabiin.

Dari A'ishah lagi , Rasulullah saw berpuasa sehingga kami berkata: Dia tidak berbuka, dan apabila Baginda tidak berpuasa, kami berkata: Dia tidak berpuasa(menunjukkan bahawa Rasulullah saw berpuasa dengan sungguh-sungguh tetapi bukan berpuasa secara berturut-turut, ada juga hari-hari yang Rasulullah saw tidak berpuasa), kadang-kadang, baginda berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, kadang-kadang tiga hari dari setiap bulan, khususnya hari-hari bulan putih dan kadang-kadang Baginda berpuasa selang satu hari, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Allah Daud as, dan Baginda saw paling banyak berpuasa pada bulan Syaaban, adalah ini merupakan sebahagian daripada persediaan untuk menyambut Ramadhan.

Pada Syariat, tidak harus berpuasa dua hari berturut-turut, atau qiam(bangun) dua malam berturut-turut tanpa sanad(dalil2) Syar'ie.Sesungguhnya urusan ini bukanlah daripada hak sesiapa yang mana ia adalah hak Syariat dan sesungguhnya hak Syariat(apa-apa yang ditetapkan Syariat) itu sudah memadai.

Mengkhususkan waktu-waktu tertentu atau tempat-tempat tertentu untuk beribadat, membataskan rupa dan kaifiyatnya(cara pelaksanaan), maka perkara ini adalah pada hak-hak Syariat dan bukanlah daripada hak-hak manusia.

Untuk penjelasan lebih lanjut, sila ke http://www.qaradawi.net

Fatwa As-Syeikh Yusuf Al-Qaradahawi mengenai bacaan Ya Sin sebanyak tiga kali pada malam nisfu Syaaban dan amalan-amalan lain akan diterjemahkan lagi pada masa-masa mendatang. Harap bersabar ye.Insya Allah......

Makluman-penterjemahan dari bahasa Arab bukan dibuat sendiri, tapi dibuat sewaktu kelas bahasa Arab di bawah Arabic Fellowship. So, jom masuk Arabic Fellowship ramai-ramai. Murnikan bahasa Arab kerana ia adalah salah satu syiar Islam(Al-Quran)

Saturday 25 August 2007

INTERESTING CONVERSATION



An atheist professor of philosophy speaks to his class on the problem science has with God, The Almighty.

He asks one of his new Muslim students to stand and.....


Professor
: You are a Muslim, aren't you?

Student
: Yes, sir.

Prof
: So you believe in God?

Student
: Absolutely, sir.

Prof
: Is God good?

Student
: Sure.

Prof
: Is God all-powerful?

Student
: Yes.

Prof
: My brother died of cancer even though he prayed to God to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But God didn't. How is this God good then? Hmm?

(Student is silent.)


Prof
: You can't answer, can you? Let's start a gain, young fella. Is God good?

Student
:Yes.

Prof
: Is Satan good?

Student
: No.

Prof
: Where does Satan come from?

Student
: From...God.. .

Prof
: That's right. Tell me son, is there evil in this world?

Student
: Yes.

Prof
: Evil is everywhere, isn't it? And God did make everything. Correct?

Student
: Yes.

Prof
: So who created evil?

(Student does not answer.)


Prof
: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don't they?

Student
:Yes, sir.

Prof
: So, who created them?

(Student has no answer.)


Prof
: Science says you have 5 senses you use to identify and observe the
world around you. Tell me, son...Have you ever seen God?


Student
: No, sir.

Prof
: Tell us if you have ever heard your God?

Student
: No , sir.

Prof
: Have you ever felt y our God, tasted your God, smelt your God? Have you ever had any sensory perception of God for that matter?

Student
: No, sir. I'm afraid I haven't.

Prof
: Yet you still believe in Him?

Student
: Yes.

Prof
: According to empirical, testable, demonstrable protocol, science says your GOD doesn't exist. What do you say to that, son?


Student
: Nothing. I only have my faith.

Prof
: Yes. Fait h. And that is the problem science has.

Student
: Professor, is there such a thing as heat?

Prof
: Yes.

Student
: And is there such a thing as cold?

Prof
: Yes.

Student
: No sir. There isn't.

(The lecture theatre becomes very quiet with this turn of events.)


Student
: Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don't have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it.

(There is pin-drop silence in the lecture theatre.)


Student
: What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?

Prof
: Yes. What is night if there isn't darkness?

Student
: You're wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light....But if you have no light constantly, you have nothing and it's called darkness, isn't it? In reality, darkness isn't. If it were you would be able to make darkness darker, wouldn't you?

Prof
: So what is the point you are making, young man?

Student
: Sir, my point is your philosophical premise is flawed.

Prof
: Flawed? Can you explain how?

Student
: Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite,
something we can measure. Sir, science can't even explain a thought. It uses electricity and
magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor. Do you teach your students that they evolved from a monkey?


Prof
: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.

Student
: Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?

(The Professor shakes his head with a smile, beginning to realize where the argument is going.)


Student
: Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavour, are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?

(The class is in uproar.)


Student
: Is there anyone in the class who has ever seen the Professor's brain?

(The class breaks out into laughter.)


Student
: Is there anyone here who has ever heard the Professor's brain, felt it, touched or smelt it?.....No one appears to have done so. So, according to the established rules of empirical, st able, demonstrable protocol, science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?

(The room is silent. The professor stares at the student, his face unfathomable. )


Prof
: I guess you'll have to take them on faith, son.

Student
: That is it sir.. The link between man & God is FAITH. That is all that keeps things moving & alive.

Thursday 16 August 2007

SIRAH

Sama-samalah kita merenung sirah para Nabi dan sahabat bagaimana mereka menjalani hidup seharian sehingga menjadi umat yang gemilang pada zamannya dan masih dikagumi hingga sekarang. Untuk berjaya dalam hidup, kita mestilah merenung sejarah. Apa yang tidak elok diperbaik dan yang elok diteruskan atau dihidupkan kembali.

Orang yang tidak melihat sejarah, akn mengulangi kesilapan yang sama pada masa hadapan

InsyaAllah updates mengenai personaliti-personaliti yang menjadi pemain sejarah unggul Islam bermula zaman Baginda s.a.w akan dibawa dalam masa yang mendatang supaya berputiknya cinta kita terhadap mereka dengan mempelajari bagaimana mereka mencintai Islam.........

Bersih dalam hidup seharian

Hidup di asrama mendidik kita berdikari menguruskan pelbagai keperluan diri, terutamanya yang tak dapat balik sewaktu weekend. Antara keperluannya ialah menjaga kesihatan dan hubungan dengan rakan-rakan lain. Dalam mencapai matalamat tersebut, kebersihan memainkan peranan yang sangat penting. Kenapa? Untuk sihat, makanan terutamanya mestilah bersih, kuman atau bakteria mestilah dihapuskan! Bagi menjaga hubungan pula, Islam mendidik kita menjauhi orang lain merasa tidak senang dengan kehadiran kita. Contohnya, seorang kontraktor di pejabatnya tidak akan menyukai kehadiran pekerjanya dari bahagian pembinaan menjumpainya dengan pakaian yang dipakainya sewaktu bekerja.
Jadi, kebersihan memang sangat penting!

Bagaimana?
Badan-
  • sentiasa bersih(cukup mandi bagi yang tinggal kat Malaysia)
  • mulut tidak berbau(gosok gigi)
  • kuku sentiasa pendek dan bersih(selalunya, kuku kaki diabaikank)
  • memakai wangian bagi menghilangkan bau badan
  • kaki tidak berbau stokin
  • rambut sentiasa kemas

Pakaian-
  • sentiasa bersih
  • kopiah untuk solat tidak berkulat!
  • minimumkan kekerapan memakai pakaian yang sama
  • stokin mestilah tidak dipakai sehingga busuk!
  • dilipat dan disusun dengan baik

Bilik-
  • cadar sentiasa kemas(klalau boleh, tegangkan)
  • perabot sentiasa dilap untuk hilangkan debu
  • buku-buku tersusun rapi

Tandas-
  • jangan sampai berkulat!
  • hilangkan bau

Malaikat susah mendekati orang yang busuk!!!!!!!

Kebersihan sebahagian daripada Iman

Innallaaha jamiilun wa yuhibbul jamal.begitulah bunyinya satu hadis Nabi s.a.w. Mafhumnya, "sesungguhnya Allah itu indah dan Dia suka akan keindahan".

Ramai yang pernah dengar tentang hadis ini tapi, pelaksanaan masih lagi terkebelakang. Umat Islam sangat sinonim dengan masalah kebersihan, sebab itulah dicop mundur! Sebagaimana yang kita selalu lihat, negara maju sangatlah tinggi tahap kebersihannya.Sehinga tandas pun boleh dijadikan tempat tidur. Majoriti umat Islam bagaimana? Lihatlah tandas-tandas atau kemudahan awam di negara-negara Islam. Jadi, dapatlah disimpulkan di sini bahawasanya antara faktor kemunduran umat Islam sekarang adalah kerana tidak menjaga kebersihan.

Dalam hal lain pula, antara kelemahan penyabaran dakwah Islam adalah pada pendakwahnya sendiri. Berdentum-dentam bercakap mengenai Islam tapi, bila dijenguk tempat tinggal atau penginapannya, tak ubah sedikit cantik daripada sarang tikus! Rasulullah s.a.w sebarkan dakwah juga, tapi kebersihan sangat diutamakan terutamanya ketika solat dan ketika bersama khalayak.Bersugi menjadi keutamaan, wangian tak ditinggalkan,pakaian pun berseri. Sebab itulah ramai yang tertarik dengan Islam.



Monday 13 August 2007

Peristiwa Sewaktu Isra' dan Mi'raj

Berikut adalah bingkisan daripada ceramah Isra' Mi'raj yang disampaikan oleh Ustaz Anhar Upir dari UPSI pada 27 Rejab 1428H/ 11 Ogos 2007M selepas Maghrib di Musolla As-Saad, KYUEM.

Ketika dimi'rajkan(diperjalankan di langit), Rasulullah s.a.w melihat atau mengalami (atau apap-apa sahaja perkataan yang sesuai diletakkan dengan peristiw-peristiwa tersebut) pelbagai peristiwa sepeti berikut:
  1. Kaum yang bercucuk tanam dan menuai hasilnya pada hari yang sama-Ganjaran yang berlipat kali ganda bagi orang yang berjuang di jalan Allah
  2. Bau yang sangat harum-Datang dari Masyitah, penyisir rambut anak perempuan Firaun. Beliau dihukum dengan dihumban ke dalam minyak yang panas kerana mengaku Allah sebagai tuhan, bukan Firaun
  3. Kaum yang makan daging busuk walaupun ada daging yang masak disediakan-Balasan bagi lelaki yang muhson(berkahwin) tetapi masih meniduri pelacur
  4. Seorang lelaki yang memikul kayu api lalu menambah lagi bebanan tersebut walaupun dia tidak mampu mengangkatnya-Gambaran orang yang memiliki amanah tetapi masih menerima amanah lain walaupun dia tidak mampu memikulnya
  5. Kaum yang gunting lidah,apabila lidahnya tumbuh diguntingnya kembali-Balasan bagi orang yang membuat fitnah dan suka cetuskan pergaduhan
  6. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka-Balasan orang yang mengumpat dan jatuhkan maruah orang lain
  7. Rasulullah s.a.w lalu di satu embah yang berbau harum-Itulah Syurga
  8. Rasulullah s.a.w lalu di satu lembah yang busuk dan terdengar bunyi yang amat mengerikan-Itulah Neraka
  9. Jumpa wanita-wanita cantik yang memanggil ke arahnya namun, Rasulullah tidak menjawab panggilan tersebut- Itulah godaan dunia,dalam Rasulullah tidak menyahut panggilan itupun umatnya masih tergila-gilakan dunia
  10. Bertemu wanita tua yang sangat bongkok yang meminta Rasulullah s.a.w menunggunya- Itulah gambaran umur dunia yang sudah terlalu tua.Itupun 1428 tahun yang dulu
Ini hanyalah sebahagian daripada peristiwa-peristiwa yang dialami Baginda s.a.w.Yang lain nya InsyaAllah akan menyusul.Semoga kita mendapat iktibar agar tidak melakukan perkara-perkara yang buruk dalam hidup seharian yang telah Allah pertontonkan balasanyya dalam peristiwa tersebut.Naúdzubillaahi min zaalik.

Saturday 11 August 2007

Double standard terhadap agama

Dalam zaman yang penuh dengan kesibukan, kita terlalu mengejar cita-cita sehingga tidak sedar telah menjadikan agama hanya sebagai satu sampingan. Pendidikan agama hanyalah sebagai pelengkap kepada pendidikan akademik yang sedia ada. Komited terhadap sesuatu pekerjaan/aktiviti tetapi acuh tak acuh terhadap agama.apa ni?!!
Antara contoh-contoh double standard terhadap agama ialah:

  • Subjek-subjek akademik(FARDHU KIFAYAH) diberi tumpuan penuh termasuk mengambil nota sewaktu di dalam kelas namun Pengajian Islam(FARDHU AIN) hanyalah dengan masuk kelas,duduk,dengar,gelak-gelak dan keluar tanpa keseriusan
  • Buku rujukan bersifat akademik dan novel dirujuk dan dibaca berjilid-jilid banyaknya.Bukan itu sahaja malah, dipromotenye pula kepada kawan-kawan.Tetapi, terjemahan Al-Quran(belum tafsir lagi) yang satu tu pun tak habis dibacanya.Entah kenal entah tidak.Buku rujukan agama hanyalah dibiarkan ditumbuhi debu dirak-rak surau dan perpustakaan
  • Nama-nama personaliti popular eg pemain bolasepak,artis-artis barat,perempuan/lelaki cantik/handsome,tokoh-tokoh barat dikenali.Para pemain yang wujud dalam sirah atau sejarah Islam seperti Ammar,Sumayyah,Saad bin Abi Waqas,Abu Ubaidah Al-Jarrah,Uwais Al-Qarni hanya berlegar di kotak fikiran bila disebut.Selanjutnya dilupakan malah tak dikenali langsung
  • Karya penulis-penulis moden yang kadangkala pro sekularisme dan libelalisme sangat disanjungi walhal pencetus pemikiran moden seperti IbnuKhaldun(Muqaddimah), Imam Al-Ghazali(Tahafut al-Falasifah),Imam As-Syafii(Ihya' Ulumuddin, Al-Umm) dan banyak lagi tak pernah dibelek apatah lagi mengaguminya
  • Boleh tengok movie atau drama bersiri yang berjam-jam lamanya tetapi bila pasal nak menonton show(debate,talk,movies) berkaitan agama walaupun ia bersifat intelektual dan pendek, masa pulak tak cukup.Maklumlah, banyak pulak cubaan bila nak buat benda baik ni
  • Bila seseorang lain menasihati seseorang yang sedang belajar yang juga aktif dalam agama(biasanya orang tua terhadap orang muda), yang dikatakannya ialah,"agama, agama jugak, tapi belajar jangan tinggal" jarang-jarang yang berpesan,"belajar, belajar jugak, tapi agama yang paling utama ye"
  • Artikel-artikel sebegini pendek dikatakan panjang namun, berita-berita dan artikel-artikel lain diamati dengan sabar sehingga habis
Sebagai peringatan,bukanlah semua yang di atas berlaku terhadap semua orang,malah mungkin sesetengah sahaja.Tapi, harus diingat bahawa yang sesetengah itulah yang bercambah menjadi semakin besar.Sama-samalah kita renungkan sebelum terlambat kerana masa hanya diputarkan kembali sewaktu Hari Kiamat.

Friday 10 August 2007

Mohabbatein

The talk was given by a prominent personality for Kyuemians, Brother Shah Kirit bin Kakulal Govindji entitled Mohabbatein. In short, it was about how did his journey go on -the searching for truth in faith and how did he fall in LOVE with Islam.Frankly speaking, he said that he started thinking of the creator of the universe since he was 5. He had really sure that there must be someone who created the universe but, the answer was not found.When he grew up and entered primary school, He read about Prophet Abraham story with the idols.He then now more sure that he will not have anything to do with idols.He also kept asking whether god creates humans or humans create god? That question puzzled him for a long time. Until then, he got to fall in love with his colleague-a Malay girl(Muslim).For many years they were not married because of different religions.Within this period, he did ask many ustaz's about Islam. Miserably, they didn't make him closer to Islam but he was 'threatened' because they told him about so many responsibilities in Islam.When it came to a time, he then met an ustaz which reliably considered on answering what people ponder on Islamic matters. He told the ustaz about his love with a muslim girl and his interest to embrace Islam. But the ustaz asked him to learn about Islam first if he wants to become a Muslim by attending classes conducted by him for at least three months. Within that lessons he used to 'test' the ustaz by asking a question whic was "the concept of God in Islam" for he expected that the ustaz would not be able to answer that. Convincingly, the wise ustaz, in a reply to his question had lead him to look at Surah Al-Ikhlas chapter 112 verses 1-4. In that surah, the concept of God is clearly mentioned.
Which are God is one and only, God does not beget nor He is begotten(God does not have parents or children) and nothing is like unto Him. These concepts convinced him that the answer for his question when he was 5 had now been found. He is the creator of the universe. He was really convinced then to embrace Islam.Then, after hardly surviving on troubles, the marriage took place-between him and his love.This is the true love that he has found, mohabbatein which he reverts to the virtuous love.By loving God(and His teachings) he found the truth in his love with his beloved life partner(the wife).Yet he also urged that he embraced Islam not really because of the girl but the truth in Islam. He did mention that he didn't find any single contradiction in The Holy Quran which also brought him to become closer to Islam.
His advices are:
  • There is no comparison in loving God eg. we love Him hundred times more than we love humans. So we should infinitely love ALLAH.
  • If you love someone, make sure that you only do things that Allah likes so, you'll not love him/her 'membuta tuli' by doing what Allah prohibits
  • Be more reasonable if you love someone from other races- respect the cultures and 'jaga hati' his/her family
May Allah grant us His love for that we will love Him, the Virtuous Love that leads us to love each other rightfully

Monday 6 August 2007

Cita-cita adalah angan-angan

The image “http://www.businesstrainingworks.com/images/Course%20Outline/32-Creativity-and-Thinking.gif” cannot be displayed, because it contains errors.


Boleh dikatakan cita-cita adalah angan-angan yang boleh jd kosong atau berisi. Kosong kerana ia hanya khayalan sebelum tidur dan berisi jika disertai dengan usaha untuk mencapainya. Ia banyak dipengaruhi oleh kehendak seseorang. Contohnya, kebanyakan kanak-kanak ingin menjadi doktor, tentera, polis dan sebagainya ketika masih kecil walaupun mereka sebenarnya tidak tahu. Mereka ingin menjadi doktor kerana melihat doktor boleh rawat orang sakit, tentera kerana boleh memegang senjata seperti di dalam cerita TV, dan polis kerana boleh tangkap org jahat juga seperti yang mereka lihat dalam TV.

Persoalanya adakah cita-cita mereka akan kekal sehingga mereka dewasa dan adakah mereka berjaya mencapainya. Paling penting sekali adakah mereka berusaha ke arah mencapainya. Mungkin dari 100 org, hanya seorang yang berjaya. Kenapa ini berlaku? Seperti yang dinyatakan tadi, ia hanya angan-angan sahaja. Sebenarnya tidak salah mempunyai angan-angan. Tidak terbina sebuah mahligai indah seperti Taj Mahal tanpa angan-angan. Angan-angan adalah langkah pertama untuk sebuah kejayaan. Selain dari itu, angan-angan yang disertakan dengan usaha boleh dijadikan target atau sasaran dalam hidup. Jadi mempunyai angan-angan itu tidak salah. Menyentuh soal target atau sasaran dalam hidup, terdapat beberapa saranan bagaimana menetapkan sasaran hidup kita.

http://www.healingfeats.com/brain.gif

Pertama, sasaran jangka panjang; sesuatu yang ingin dicapai dalam masa 10 tahun akan datang. Contohnya, ingin membuka perniagaan sendiri, berkahwin, menunaikan haji dan sebagainya. Tidak salah jika kita sasarkan sesuatu yang mungkin kita tidak mampu capai pada masa sekarang kerana kita perlu berusaha sikit demi sedikit untuk mencapainya. Kedua, sasaran jangka sederhana; sesuatu yang ingin dicapai dalam tempoh masa satu hingga dua tahun akan datang. Contohnya, jika hari ini kita terpaksa menaiki bas untuk ke tempat kerja dan ingin mempunya kenderaan sendiri suatu hari nanti. Itulah yang dinamakan sasaran jangka sederhana. Akhir sekali, sasaran jangka pendek; sesuatu yang ingin dicapai dalam masa kurang dari setahun. Contohnya, seorang graduan yang masih belum mempunyai kerjaya mencari kerja yang sesuai dengan pendidikannya.

Kesimpulannya, angan-angan adalah cita-cita dalam dua konteks yang berbeza. Jadi tidak salah untuk mempunyai cita-cita yang tinggi asalkan kita berusaha untuk mencapainya.

Sunday 5 August 2007

Cintailah CINTA


Sebermulanya IAW 07, ramai yang mula bercakap-cakap mengenai temanya yang mempunyai maksud yang begitu mendalam,Revert To The Virtuous Love.Maksudnya, paham-paham jelahkan.Tapi, itu hanyalah yang tersurat.Yang selalu dilihat dengan membuta tuli oleh mata kasar.Namun, yang tersirat jualah yang memberi penjelasan bagi merungkai segala kekusutan yang berlegar-legar di ruang fikiran. Pada tafsiran blogger,tema kali ini sangatlah berhajat untuk membawa manusia memahami apa itu cinta fitrah(virtuous love).Manusia memiliki fitrah seperti berkahwin,makan,rehat, tidur, bersosial dan juga gejolak cinta yang menghamburi perasaan.Persoalannya, kenalkah kita dengan fitrah? Fitrah itu bermaksud sesuatu yang suci, ibarat kain putih yang tiada noda(kata Yasin dalam sebuah lagunya) atau sesuatu yang asal.Cinta fitrah itu bermaksud cinta yang suci atau yang asalnya. Itulah cinta yang perlu disemai dalam jiwa sanubari setiap yang bergelar INSAN.Sebagai makhluk(yang dicipta) cintanya itu perlulah ditujukan kepada yang Menciptanya(dari asal dia datang).Manusia juga bergelar makhluk.Justeru, cinta manusia mestilah bermaksudkan kepada Allah Ar-Rahim(Maha Mengasihani) yaitu Tuhan ynag menciptanya.Maka, apa-apa yang dilakukan mestilah mempunyai matlamat menzahirkan rasa cinta itu kepadaNya.



Bagaimana?
Tentunya dengan membuat perkara yang disukai 'orang' yang dicintai itu.Bukan jumud, tetapi contoh yang kebiasan diambil adalah apabila seorang lelaki mencintai wanita kerana contoh tersebut sangat mudah difahami.Bila seseorang itu dilamun cinta, kelakuannya akan sentiasa lebih terkawal sewaktu kehadiran si dia.Apa-apa sahaja menjadi baik dengan kelibat si dia di sisi.Suara tidak ditinggikan, sopan santun diamalkan, masing-masing berendah diri, kawan dihormati,kerja pun cepat siap, everything becomes cool. Inilah yang berlaku apabila rasa cinta itu dizahirkan dalam bentuk yang boleh dilihat. Jadi begitulah juga apabila menzahirkan cinta kepada si Dia. Apa yang Dia suka, zahirkanlah. Apa yang Dia tak suka, tinggalkanlah. Kerna, Dialah CINTA kita.Maka, cintailah CINTA.

Friday 3 August 2007

ANTARA MAHU DAN PERLU

Suasana hidup mempunyai banyak pengaruh dalam hidup.Lantas ramai manusia yang terjelepuk ke daerah keliru antara mahu dan perlu.Begitulah hakikatnya hidup dalam era yang "mahu" menjadi suatu yang tidak mustahil untuk dicapai.Bahkan, mahu itulah yang mengangkat ketamadunan manusia hingga jauh ke bulan sana.Namun, dalam keghairahan mengejar kemahuan,berapa ramai manusia alpa akan keperluan diri?Lantas, hidup menjadi terumbang-ambing seperti anak ayam kehilangan ibu apabila yang diimpikan tak kunjung tiba.Manusia mahu akan kebijaksanaan, kemasyhuran, kekayaan, kekuasaan dan sentiasa bergerak seiring dengannya.Justeru menyatakan bahawasanya inilah yang terbaik untuk mereka.Tetapi, apabila ini tidak menjadi kenyataan, hati mula gelisah bagai cacing kepanasan.Sedangkan, yang terbaik dalam hidup seseorang itu adalah apa yang dia perlukan.Contohnya,seseorang yang alah terhadap makanan laut, tetap mempunyai kemahuan untuk menikmati aroma kelazatan juadah tersebut.Sebaliknya, apa yang diperlukan adalah untuk mengawal kesihatan badan. Maka, apa yang diperlukannya(menjaga kesihatan) bukanlah apa yang diidamkannya(menikmati juadah tersebut).Kesimpulan contoh tersebut, apa yang dia perlukan adalah lebih baik apa yang dia mahukan. Disamping itu, harus diingatkan juga bahawasanya,bukan semua yang manusia mahukan adalah apa yang ia perlukan.Cuma, janganlah terlalu mudah menyerah atau melatah apabila yang dimahukan itu tidak kesampaian.Dalam satu hal lagi, manusia juga mudah kecewa apabila cita-citanya terhalang dek 'lumrah kehidupan.' Sebagai pedoman, cuba bayangkan seorang pelajar yang gigih berusaha untuk mencapai impian manjadi doktor, tetapi tidak mendapat keputusan yang bagus dalam Matrikulasi atau STPM.Lalu, dia teramat kecewa kerana tidak dapat meneruskan hasratnya untuk menjadi doktor.Pada suatu hari, dia menghadiri upacara penyembelihan lembu korban pada Hari Raya Aidiladha.Dengan tidak semena-menanya dia tiba-tiba jatuh pengsan ketika menyaksikan upacara tersebut walaupun lembu korban tersebut masih belum tumbang dek ketajaman mata pisau Pak Imam.Apabila sedar, seorang kawan menyoalnya tentang apa yang berlaku terhadapnya.Lalu, dia memberitahu bahawa dia sebenarnya mabuk darah.Mulai saat itu, dia mula sedar kenapa dia tidak layak menjadi doktor.Yaitu, kelemahannya apabila melihat darah yang banyak. 15 tahun kemudian, dia didapati memiliki beberapa cawangan farmasi.
Moralnya, menjadi doktor bukanlah yang terbaik untuknya walaupun itulah yang dimahukannya malah, apa yang diperlukannya adalah ketabahan menyelongkar hikmah disebalik kegagalannya dalam peperiksaan besar tersebut.Natijahnya, dia berjaya dalam perniagaan membuka farmasi yang juga mempunyai kaitan dengan bidang perubatan.Biarlah Allah menentukan segalanya, kita hanya perlu usahakan yang terbaik kerana sebagai Pencipta, Dialah yang lebih mengetahui akan keperluan apa yang diciptakanNya.Setiap kejadian itu pasti dan pasti dan pasti ada hikmahnya. Cuma, terpulanglah kepada kita bagaimana hendak menilai takdir tersebut.Fikir-fikirkanlah........