Sesedarnya aku dari tidur, aku perasan badan ini terasa tidak sedap seperti hari-hari biasa. Mubgkin hendak demam agaknya. Namun,tetap kugagahi jua menunaikan solat subuh(tidak berjemaah). Semoga Allah menguatkan tekad dalam hatiku untuk mengajak sahabat-sahabat muslim terdekat di Avery Hill sama-sama berusaha menunaikan solat subuh berjemaah. Kehidupan di sini yang tidak dimurnikan dengan bangunan surau-surau seperti di Malaysia membuatkanku sedikit lemah berusaha mengajak orang sama-sama berjemaah lima waktu. Aku hanya terdaya menyertai apa yang dibiasakan di prayer room di Greenwich. Namun tidak bisa mengusahaknnya jika tanpa ada orang lain yang mencetuskannya. Lemahnya aku ini bila kurangnya muslim dikeliling ku. Bila kurangnya kemudahan untuk muslim dikelilingku. Syukurku bertambah dek kenikmatan yang ada di Malaysia yang cukuplah bagusnya untuk dibandingkan dengan negara muslim yang lain.
Kerana badan yang tidak sedap, aku terlewat 30 saat mengejar bas percuma ke Greenwich. Terpaksalah aku membelanjakan duit rakyat sebanyak 90p(RM4.68) menaiki bas awam bernombor 286. Tanpa kusedari, rupa-rupanya bus tersebut berakhir tripnya di separuh jalan sahaja. Aku perlu turun dan menunggu bas yang seterusnya dan membelanjakan lagi duit rakyat Malaysia. Akibatnya, aku lambat ke kelas tersebut yang diadakan di Stephen Lawrence 101. Lambat lagi..............(yang paling teruk ialah sewaktu kelas Probability and Statistics)
Coursework yang masih belum siap menghantui fikiranku. Pemberatnya sebanyak 20% untuk tahun pertamaku. Hari ini merupakan hari terakhir menyerahkannya sebelum pukul 5 petang.
Setelah tamat kelas, seperti biasa, aku menyiapkan diri untuk solat Jumaat. Khutbah kali ini sungguh pendek. Saudara Abdul Hakim Surroukh memberi khutbah yang ringkas kerana khatib yang sbebenarnya terlewat tiba.
Menyedari tetamu akan berkunjung ke Greenwich, aku pergi ke pasar di Deptford mencari sedikit bahan untuk dijadikan santapan sewaktu meraikan mereka nanti.
Pengajaran hari ini yang aku dapat:
1. Masa tak menunggu kita walaupun 30 saat
2.Kerja di saat-saat terakhir mempunyai risiko berhadapan masalah yang tak dijangka seperti kesihatan badan walaupun pada kadar yang biasa kita mampu menyiapakannya dengan pantas
3.Khutbah tak semestinya panjang lebar
Akhir kata, muhasabahlah diri agar hari esok lebih dari hari ini
Friday, 5 December 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment