Aku bangga dipuji muslim lain yang muslim Malaysia adalah 'best muslim', tapi ape sumbangan aku terhadap komuniti Islam kat sini?Adekah aku tolong mereka mase mereka hendak buat ceramah? Adekah aku menawarkan diri untuk terlibat same dalam menggerakkan aktiviti persatuan Islam di sini? Maka, janganlah hendaknye aku mengkritik kalau pergerakan persatuan Islam kat sini tidak cekap.
Aku tahu yang mengumpat atau mengata orang apatah lagi depan-depan adalah sangat salah di sisi Islam dan mengumpat pula adalah DOSA BESAR(al-Hujurat 49:12)! Tapi, aku selalu mengata-ngata orang kat sini depan-depan mereka dengan kawan-kawanku dengan bahasa yang tidak mereka fahami! Sepatutnya, aku menganggap bagaimana kalau dia faham, semestinye dia sakit hati dan menyakitkan hati orang itu adalah satu dosa! Mungkin juga kalau dia faham apa yang aku cakapkan, akan tercetus pergaduhan, maka perbuatan aku tu memang sesuatu yang melampau tahap keburukannya di sisi agama apatah lagi sebagai pendakwah!! Macam ni ke nak berdakwah pasal Islam?
Aku kata main game dan baca komik adalah jahiliyyah, tapi sebenarnye aku tak main game sebab aku memang tak suke main game tambah-tambah yang sangat panjang mase yang diperlukan untuk menghabiskannye. Senang la nak kate kat orang. Tapi aku dengar lagu-lagu yang tidak berfaedah atau jugak lagu yang dinyanyikan perempuan, tak pula aku kate jahiliyyah, sebab aku rase bende yang aku suke adelah bukan jahiliyyah.Tapi, kalau bukan jahiliyyah, adakah aku baca BISMILLAH sebelum buat semua tu?
Aku pelajar tajaan duit rakyat Malaysia walaupun keputusan SPM aku tak seberapa, tapi aku kadang-kadang ponteng kelas! Adakah orang yang bagi aku duit untuk aku belajar akan terus bagi duit dia kat aku kalau dia tahu aku ponteng kelas?Aku pun tak tahu kenapa bende tu berlaku terhadap aku dan berlanjutan lebih kurang 3 hingga 4 bulan!Astaghfirullah! Maafkan aku pembayar cukai Malaysia......
Aku kate aku lelaki sejati. Masa kat kolej dulu, aku suke sangat tiru gaya budak-budak gedik. Aku ingatkan tiru-tiru sahaje, tapi orang kate aku kuat sangat buat gaya-gaya cakap macam tak berape lelaki tu. Aku menafikan, aku kate takde pon,jangan risau,aku lelaki sejati, aku saje je tiru. Tapi, bile aku fikirkan balik, perlukah aku meniru-niru gaya yang seperti itu?Aku pendakwah. Bagaimana kalau orang yang aku nak dakwahkan lihat aku sentiasa menggunakan perkataan atau gaya bahasa dan badan yang lebih kurang same dengan orang yang tak berape sejati kelelakiannye itu?Akulah yang bersalah kalau orang lari daripada pendakwah!
Aku kate Islam mempunyai penyelesaiaan terhadap masalah perkauman. Semua kaum dari pelusuk dunia dapat berkenalan dan menjalinkan ukhuwwah dalam sekelip mata perkenalan. Tapi, aku hanya berkawan dengan orang-orang Melayu, malah dari kolej yang same juge, rakyat Malaysia yang berbangse lain,brother-brother Islam yang lain, aku tak kisahpun kalau aku tak kenal mereka dan menjalinkan persahabatan yang akrab. Sedangkan mereka selalu memuji-muji orang muslim Malaysia. Ape gunenya datang UK kalau tak ambil kesempatan untuk bina jaringan antarabangsa terutamanya dengan orang-orang Islam kat sini? Syok sendirikah aku dengan Muslim Melayu Malaysia? Sedangkan dunia dakwah itu tiada semapdan warna kulit, bahasa dan geografi!
Aku kate aku pendakwah Islam. Apakah dakwah yang telah aku lakukan? Kalau setakat pergi usrah, berteori pong pang pong pang, tapi hanye sesame kumpulan usrah aku je, adakah itu dakwah? Rasulullah berteori dan menjalankan dengan praktikal, kenapa tidak aku? Bukankah dakwah itu meneyru orang yang jauh untuk dekat dengan Islam? Pernahkah aku menyeru orang yang jauh itu? Atau hanya syok sendiri dengan orang yang sememangnye dekat dengan Islam? Maka tidak hairanlah kalau orang yang jauh dengan Islam itu makin jauh. Semuanya sebab aku sangat memilih-milih dalam berdakwah. Saidina Umar ra didoakan oleh Rasulullah untuk menjadi salah seorang yang dapat mengangkat keagungan Islam walaupun beliau seorang yang sangat kuat menentang dakwah Rasulullah saw. Tapi, kalau dengan konsep memilih-milih, aku tak rase aku akan jadikan orang yang macam Saidina Umar ra(semase sebelum Islam) sebagai sasaran dakwah aku. Aik! Rupe-rupenye beliau adelah khalifah kedua umat Islam selepas Baginda Rasulullah saw wafat! Maka dakwahku perlu jadi lebih terbuka. Yang penting, semua orang perlu diberi peluang untuk mengenal Islam dan dakwah, bukannya dijauhkan dari peluang tersebut dengan penilaian aku yang dangkal terhadap mereka.
Aku kate tarbiyah yang aku ade memang lengkap. Tapi, kalau datang UK dengan cabaran yang sikit itu pun dah tak mampu nak sentiasa kekalkan solat jemaah lima waktu, adekah itu hasil tarbiyyah? Solatlah ukuran utame. Semua jenis solat. Rawatib, tahajjud, hajat, taubat dan Qiamullail, semua tu penguat jiwa yang dahagakan tarbiyah. Kalau jiwa tak kuat, janganlah nak salahkan orang kalau mereka susah hendak faham mesej yang kita cuba bawa.
Aku kate aku ingin melentur nafsu aku agar menurut akal, tapi berape hari sahaja aku puase sepanjang winter yang siangnya pendek berbanding malam? Bile tibe summer, mulelah beralasan yang siang sekarang sangat panjang. Tak larat nak puase. Patutlah nafsu aku meliar dan sentiasa meronta-ronta.
Aku kate aku sibuk dengan kerja itu dengan kerja ini. Adekah orang lain tidak sibuk? Bagaimana Islam nak berkembang kalau Nabi Muhammad saw tidak sibuk siangnye dengan masyarakat dan malamnye untuk Allah?
Aku buka blog, bukan untuk menyeru mendoktrinkan orang dengan ape yang aku fikir tapi untuk muhasabah bagi kebaikan aku dan juga dalam masa yang sama dapat menyeru orang yang jauh menjadi lebih dekat kepada Islam. Tapi mengapakah aku tidak menguar-uarkan yang aku ade blog? Malu untuk berkongsi dan dikritik mungkin.
Aku datang UK dengan tajaan rakyat Malaysia, mesti ade sesuatu yang aku boleh dapatkan kat sini tapi tak boleh nak dapatkan kat Malaysia. Kalau setakat nak cemerlang akademik dan aktif dengan aktiviti tarbiyah, kat Malaysia lagi bagus, banyak dan senang. Dalam mase yang same, tak perlu tinggal keluarge untuk mase yang panjang. Tapi ape yang aku dah dapat setakat ni? Kalau program-program yang bermatlamat menambah kemahiran luar bidang, ekonomi, penampilan diri, perbincangan isu semase, pendedahan mengenai budaya yang ade kat sinipun aku tak pergi, tiadelah bezanya kalau aku belajar sahaje kat Malaysia.
Sebab itulah Aku Sedih.....
Maka, dengan terteranya segala masalah di atas yang timbul sejak sebelum aku datang ke UK lagi, aku harap aku dapat menyelesaikannya sebaik mungkin sebelum aku pulang ke Malaysia 8 Jun 2009 ini(naik Royal Brunei Airlines,heheh).
Setakat ini, perkembangannya agak positif, walaupun kadang-kadang terumbang-ambing. Bagaimanapun, aku berharap untuk cuti summer nanti, aku dapat melengkapkan diri dengan lebih baik agar tahun kedua aku di UK bertambah baik berbanding tahun satu yang amat jagung itu. Aku harap, segala masalah di atas terutamanya yang melibatkan solat dan dosa-dosa besar (mohon ampun dariMu ya Allah) tidak akan berulang lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Terima kasih kepade sesiape yang memberi komen atau kritikan. aku sangat-sangat menghargainya. Tapi kalau boleh, jangan libatkan peribadi atau maruan orang lain. Kalau benda tu berlaku, aku terpakse tak publish untuk maslahah yang lebih besar.Maaf sangat ye. Tapi aku memang sangat berterima kasih untuk itu.
aku balik 13
pastu g korea
yahuuu
-solat plg susah nak kekal jemaah. subuh skrg awal, jadi, xpayah tido. tido after magrb kejap. ok kooot
titik pertama perubahan ialah mengenalpasti apa yang perlu diubah. Tahniah!
Tq famy..tok guruku..
he3...
Salam akhi
Adakah kita ingat kisah orang-orang salaf ketika mereka keluar dari rumah setiap hari? Mereka sendiri tidak pasti sama ada mereka itu punyai keikhlasan hati. Siapakah orang-orang salaf (sahabat, tabi', tabiin etc)? Merekalah orang-orang terbaik kerna dekat dengan Rasul saw. Maka, mabruk anda telah mewarisinya. Risau kekurangan diri adalah jauh lebih baik dari tenggelam dalam pujian yang menghinakan! Nauzubillah! Sabit qulu bana 'ala dinnik wa 'ala thoatik! ;) jzkyr atas perkongsian!
menarik...keadaan yg sama berlaku pada hampir semua kita...mengaku tp x buat...emm...keep writing...
jumpa kt klate nanti..
benar benar
kenali diri untuk tahu posisi
kemudian anjakan paradigma
teori memang mudah
nak praktikal itulah jihad
jihad melawan diri sendiri
berusaha! anda baru tahun pertama, masih byk masa ruang dan peluang
buat diri sendiri, orang sekiling mahupun junior yang bakal datang.
Post a Comment