Monday, 20 October 2008

Setelah sekian lama

Tanggal 18 Oktober 2008 menambahkan lagi koleksi penemuan masjidku di Kota London.Kali ini aku berusahe pule menjejaki masjid yang penting bagi aku dan umat Islam di Greenwich.Pada Zohornya aku membawa diri ke Greenwich Islamic Centre ataupun Woolwich Mosque yang terletak berhampiran pekan Woolwich.Sepatutnye, aku dah lame menjejakkan kaki ke sini dan inilah sepatutnye masjid pertame yang aku harus jejakkan kaki kat Greenwich.Tapi aku telah menghampehkan diri sendiri dengan mencari masjid-masjid lain sekitar Central London tapi seolah-olah melupakan ape yang ade kat Greenwich.Huhu.





Rase bersalah pulak.Pali juge selalu cakap macam tu."Kite ni dah pegi ke mane-mane entah kat London ni,tapi masjid kat Greenwich tak sampai lagi," kami pun tergelak mentertawakan diri masing-masing.Hahaha.Namun terselit rasa malu juge bile budak-budak kat sentral tanye Greenwich ade masjid ke? Kami hanye boleh menjawab ringkas "ade" tanpe ade ape-ape sifat atau adjektif pasal masjid tu untuk dikongsi bersame.Ish ish ish.Sesampainye di masjid tersebut,aku berehat seketika sambil menuggu masuknya waktu Zohor pada jam 12.49.Setelah azan berkumandang,para jemaah bangun mendirikan solat sunat.

Selesai solat sunat,aku berkenalan dengan seorang pak cik mat salleh di sebelahku.Pak Cik Daud namenye(tapi kat sini panggil Brother Daud je).Umurnye 60thn.Katenye die mula memeluk Islam sejak 4 thn yang lalu.Sangat ramah orangnye dan berjalan sejauh 4 batu atau 1jam dari rumahnye untuk ke masjid.MasyaAllah!Semoga Allah memperteguhkan iman aku.Tak sangke orang yang dah berumur 60thn masih lagi sanggup berjalan sejauh itu untuk ke Rumah Allah.Pak Cik Daud cakap, die akan sentiasa pastikan hadir ke masjid tu sekali sehari.Jalan juge untuk exercise!Kereta digunakan untuk Fajr Prayer je.Sebab gelap."I cheat sometime" katenye kalau die menggunakan kereta untuk ke masjid.Kami gelak sedikit.Kemudian bilal melaungkan Iqamat.

Selesai solat aku berjalan bersame Pak Cik Daud ke stesen Woolwich kerane aku tak tau jalan dan beliau juge ingin menuju ke Woolwich.Kami berpisah, die cakap "insyaAllah kite jumpe lagi lain kali,selalu la datang ke sini".Aku berharap begitu.Semoga Allah memudahkan pergerakan aku menziarahi rumahNya yang penuh dengan berkat dan kasih sayangNya itu.

Aku meneruskan perjalanan ke Lewisham and Kent Islamic Centre pule yang terletak di Lewisham untuk solat Asar.Sampai di sane,aku teruja dengan kedai yang menjual daging dan ayam halal.Aku masuk sekejap berwindow shopping membuat survey ape yang ade kat situ"Pali mesti suke nih,""lain kali boleh la aku datang lagi,"bisik hatiku yang tergoda dengan kedai itu.
Teruje juge bile melihat sedikit sebanyak restoran halal.Apelagi, terus aku serbu mendapatkan burger quarter pounder bersame chips dan setin air bikarbonat(dalam satu meal,kalau asing-asing,mahal juge).GBP 2.99 je.
Kemudian, terus pule memasuki Lewisham Mosque dan dipertemukan oleh Allah dengan saudara dari Gambia(lupe name) dan Imran,mat saleh yang baru aku kenal kat fresher's dinner anjuran Federation of Student Islamic Societies(FOSIS) semalam.
Terasa sungguh nikmat ukhuwwah Islamiah yang tidak mengenal bangsa,budaya,warna kulit dan lain-lain lagi.

Selepas solat, imam menjemput seorang saudara baru bername Salleh dari Birmingham untuk memperkenalkan diri.Aku langsung tak paham ape yang die cakap dengan loghat English Birmingham itu.Kami semue bersyukur dengan kehadirannye.

-Allahumma aizzal Islam wal muslimin wal muslimat wal mu'minin wal mu'minat-
"Ya Allah, agungkanlah Islam serta orang-orang yang beriman kepadaMu,amiin."

Terus balik ke Avery Hill dan,dush!tumbang di atas katil sesudah solat maghrib.

Sunday, 19 October 2008

Antara Percaya dan Tak Percaya

Pada pagi hingga tengahari Isnin 22 September 2008 yang lepas, aku bagaikan patah semangat dan sedikit down kerana visa masih tak siap-siap sedangkan aku dijadualkan terbang ke University of Greenwich, London pada hari tersebut.Ahli-ahli keluarga sudah lame berade kat Kajang dengan sangkaan bahawa aku akan terbang pada hari tersebut. Namun dengan keyakinan terhadap Allah swt, aku tetap melangkahkan kaki membawa diri ke pejabat visa dengan menaiki train dan turun di stesen Ampang Park. Sampai di bangunan Wisma MCA di mana terdapatnye pejabat visa itu, aku terus menuju ke tingkat 19 untuk bertanyakan tentang visa aku yang sudah 2 minggu menjalani proses yang entah ape-ape tu. Bila tiba di bilik pungutan visa, aku sedikit lega kerane terlihat kelibat 2 orang budak KYUEM. Mereka adelah Syukri dan Yvonne. Syukri menambahkan kelegaan hatiku dengan memeberitahuku bahawe tadi ade satu kotak visa baru dibawa masuk."Jangan risau,aku dah datang tadi,tapi die suruh aku datang balik,mungkin yang ko ade skali dalam kotak tu"Syukri bertindak positif.Tak berape lame kemudian, Icha dan Qillote menghadirkan diri ke pejabat visa tersebut.Tapi diorang semue dah mendapat confirmation dalam email yang visa diorang sudah siap.aku kerisauan.Setelah resah mengharapkan nama aku dipanggil setelah name demi name dipanggil termasuk ade yang kene reject.oh tidak!aku tak sanggup."Muhammad Famy Nor Rijam".Namaku dipanggil di kaunter pungutan bukan kaunter rejection tepat pukul 2.35p.m.Alhamdulillah aku mengurut dada dan tersenyum lebar dihadapan Syukri dan Qillote.Hanya Allah tahu betape gembiranye aku saat itu.Susahnye nak dapat visa,macam mintak kerje pulak.Sejenak kemudian aku menelefon mama dan abah memberitahu khabar gembira itu.Abah kate, aku belum dapat lagi confirmation kat online,sedangkan visa yang masih panas dari kotak tadi sudah berada di tangan aku.Mungkin diorang belim sempat update kot, hatiku berbisik.Adrenalin keriangan memuncak.Aku semakin bersemangat untuk terbang.Tiada lagi kerisauan. Segala proses dan kerenah diharungi semenjak mendapat result A-level akhirnye membuahkan hasil.Ingatlah juniorku,persediaan untuk fly selepas mendapat result lagi susah berbanding persediaan menghadapi periksaan A-level.Aku masih lagi tidak percaye dalam masa terdekat ini aku akan menjejakkan kaki ke bumi Eropah, United Kingdom.Moga-moga tiada lagi halangan atau kerenah birokrasi di lapangan terbang KLIA mahupun Heathrow nanti

setelah sekian lama

alhamdulillah.akhirnye timbul jugak rasa kesedaran untuk kembali mengupdate blog yang telah bersarang ni.he3.rehat selama satu tahun memang suatu tempoh yang amat panjang(lagi panjang daripade cuti bersalin).namun, ade sebabnye.tetapi kemudahan untuk 'berinternet' sekarang tidak akan disiakan.maklum la,rumah kat kampung,kabel telefon selalu kene curi dan kolej pulak tidak membekalkan internet connection yang stabil.tapi sekarang sudah lain.ade laptop sendiri dan access kat internet amat amat stabil dan senang.lepas tu free pulak tu.sorry budak-budak kat uni lain yang kene bayar untuk dapatkan internet connection.semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk beristiqamah mengupdate blog.amiin

Monday, 1 October 2007

KEPIMPINAN RASULULLAH


Piagam Madinah telah menyerlahkan kewibawaan Rasulullah saw dalam memimpin masyarakat majmuk di Madinah. Kepimpinan Rasulullah saw terbukti berkesan dalam pelbagai hal dan peristiwa yang dihadapi oleh umat Islam. Antara ciri-ciri kepimpinan Baginda saw ialah:

Bertanggungjawab

Rasulullah saw merupakan seorang pemimpin yang sangat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugaan baginda samada sebagai utusan Alllah, pemimpin masyarakat, ketua keluarga dan sahabat kepada kenalannya. Setiap tindakan yang diambil adalah berdasarkan wahyu atau perintah Allah. Baginda tidak mengikut gerak hati dalam membuat keutusan untuk satu-satu perkara

Jujur dan bijaksana

Kejujuran baginda membawa kepada gelaran al-Amin oleh masyarakat Makkah yang bermaksud yang dipercayai. Sebagai seorang yang bijaksana juga, baginda banyak menyelesaikan masalah yang timbul dalam masyarakat terutama yang melibatkan isu perkauman. Contohnya, peristiwa peletakan Hajarul Aswad kembali ke tempat asalnya selepas kejadian banjir. Selesainya masalah tersebut, pertelingkahan antara kaum juga dapat dielakkan.

Adil

Sifat adil sememangnya penting bagi setiap pemimpin. Dengan sifat tersebut, kemakmuran hidup orang yang dipimpin menjadi lebih terjaga daipada sebarang penyelewengan terutama daripada pihak atasan dan juga penindasan orang yang kuat terhadap orang yang lemah. Begitu juga dengan Rasulullah, keadilan yang diamalkan baginda terserlah apabila baginda mengatakan bahawa baginda sanggup menghukum anaknya Fatimah dengan hukum hudud sekiranya beliau melakukan maksiat

Berfikiran jauh

Dalam menyebarkan Islam, Rasulullah saw tidak sahaja menyebarkannya di Makkah dan Madinah. Malah, baginda telah menyebarkannya ke Habsyah(Ethiopia) dan Thaif. Ketika mencuba nasib di Thaif, baginda dan Zaid bin Harithah telah dilayan dengan begitu teruk oleh masyarakat setempat seprti dibaling dengan batu dan najis. Apabila malaikat menawarkan untuk menghempap gunung ke atas mereka, bsginda menolaknya dengan harapan semoga generasi mereka yang akan datang menrima ajaran Islam yang dibawa oleh baginda atupun pengikutnya.

Bekerja secara kolektif

Rasulullah merupakan contoh terbaik seorang yang sangat mementingkan melakukan sesuatu secara bejemaah. Sewaktu berhijrah ke Madinah, Ali dipeintahkan untuk menggantikan tampat tidur baginda.Abu Bakar as-siddiq ditugaskan menemani baginda berhijrah ke Madinah dan sama-sama bersembinyi di Gua Thur. Asma’ binti Abu Bakar pula ditugaskan untuk membawa makanan kepada baginda dan Abu Bakar di Gua Thur.Abdulah bin Abu Bakar berperanan menyampaikan maklumat kepada baginda. Tidak lupa juga Amir bin Fuhairah yang menjadikan haiwan ternakannya sebagai fungsi untuk menghilangkan kesan jejak Rasulullah saw dan Abu Bakar.

Terbuka dalam menentukan keputusan

Sikap baginda yang mengutamakn mesyuarat dalam setiap kkeputusan adalah antara resipi kejayaan kepimpinannya. Baginda bukan jenis pemimpin yang melakukan sesuatu mengikut keputuan sendiri sebaliknya sentiasa meminta pendapat daripada pengikutnya. Bagi sesetengah hal pula, orang-orang yang berkepakaran(ahli) dalam bidang-bidang tertentu diberi keutamaan untuk menentukan apa yang patut dilakukan.

Tegas dan tetap pendirian

Rasulullah saw merupakan seorang yang tegas dan tetap pendiriannya.Dalam satu peristiwa sewaktu kafir Quraisy sudah buntu untuk melemahkan usaha dakwah baginda melalui penyeksaan fizikal, mereka memberi pelbagai tawaran kepada Rasulullah saw dengan syarat baginda mesti berhenti berdakwah seperti harta yang banyak dan wanita-wanita yang cantik. Namun, ketika itulah berlakunya peristiwa yaitu Rasulullah menegaskan : "Demi Allah, seandainya mereka boleh meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiri ku, aku tetap tidak akan meninggalkan urusan dakwah ini, sehingga ianya dimenangkan oleh Allah, atau aku dibinasakan dalam usaha untuk menuntutnya"

Mesra rakyat

Sebagai pemimpin yang baik, baginda sentiasa melakukan kerja bersama-sama pengikutnya. Ini membuatkan baginda dapat mengenali lebih dekat sahabat-sahabatnya serta mendapat tahu masalah-masalah mereka dengan lebih cepat dan telus.Ini terbukti dalam perang Khandak di mana baginda bersama-sama para sahabat menggali parit yang besar bagi memerangkap musuh. Baginda juga turut serta dalam pelbagai peperangan bersama para sahabat dan bukan hanya menjadi orang yangmemrintah sahaja malah sebagai ketua panglima angkatan tentera Islam

Pengorbanan

Pengorbanan yng dilakukan oleh Rasulullah saw tidak terhingga banyaknya samada dari segi nyawa,harta,keluarga dan sebagainya sebagaimana yang kita telah saksikan daripada rentetan-rentetan sirah yang berlaku terutama sewaktu umat Islam menerima tentangan yang begitu hebat di Makkah.

Tuesday, 25 September 2007

Badar al-Kubra

Penceramah:Ustaz Anhar
Masa:5:55pm
Tempat:Musolla as-Saad

Setelah sekian lama, akhirnya ada jugak la update untuk blog tersayang nih.haish!dah lama nampaknya takde cetusan baru kat blog ni.Walaubagaimanapun, ceramah yang diadakan di surau as-Saad tercinta semalam telah membangkitkan rasa ingin berkongsi dengan sahabat seperjuangan samada yang hadir atau tidak.Input yang diberi oleh Ustaz Anhar mengenai peperangan Badar memang sangat menarik.Tapi, outputnye pun, mestilah seperti apa yang diharapkan oleh penganjur tekemuka(MUSCOM) dan juga penceramah itu sendiri.Diharapkan, output yang sedikit sebanyak di sini dihayati bersama oleh para pembaca bagi menghasilkan output yang lebih real iaitu kesan dalam pengamalan seharian.

Seprtimana yang kita sedia maklum, Ramadhan mempunyai nama lainnya juga.Antaranya ialah Shahru al-Intisar(dibaca shahrul-intisar) yang bermaksud bulan kemenangan. Ini adalah berdasarkan ayat daripada Surah al-Baqarah,ayat 183 yang berbunyi "Yaa ayyuhallaziina aamanu kutiba 'alaikummussiaamu kamaa kutiba 'alallaziina min qablikum la'allakum tattaquun" yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman,telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa".Hasil dari kemenangan itulah orang-orang yang beriman menjadi semakin bertaqwa kepada Allah.
Antara peristiwa yang masyhur dalam sejarah berlaku dalam bulan Ramadhan ialah Perang Badar al-Kubra.Perang in dinamakan Badar kerana berlaku di satu tempat yang bernama Badar.Berdasarkan sirah, perang Badar bukanlah sesuatu yang dijangkakan berlaku. Pada awalnya, Nabi Muhammad saw hanya memberitahu orang Islam untuk merampas barang dagangan Abu Sufyan bin Harb(kafir Quraisy) yang dalam perjalanan pulang dari Syam(Syria) ke Makkah.Hasil daripada perbahasan ulama' mengatakan bahawa sebab umat Islam dibolehkan 'pow' Abu Sufyan bin Harb ialah kaum Muhajirin telah meninggalkan banyak harta benda mereka di Makkah sewaktu berhijrah ke Madinah.Malah, ada yang hanya bergerak meninggalkan Makkah sehelai sepinggang.Ada juga yang meninggalkan anak-anak dan isteri.Namun, perkara ini diketahui oleh Abu Sufayan lantas menghantar utusan ke Makkah meminta bantuan dari sana. Lalu, Abu Jahal telah mengutuskan bala tentera yang lengkap bersenjata dan binatang tunggangan untuk memerangi kumpulan para sahabat dan Rasulullah saw. Dalam masa yang sama juga, kafilah Abu Sufyan berjaya melepaskan diri melalui jalan lain dan pulang ke Makkah dengan selamat.Walaubagaimanapun, umat Islam masih perlu menghadapi tentera kafir Quraisy yang dihantar oleh Abu Jahal. Sebab itulah, umat Islam berperang dalam keadaan yang serba kekurangan.Kerana mereka tidak merancang keluar untuk berperang.Ini telah dinyatakan dalam surah Ali Imran yang berbunyi "walahum azillah" yang bermaksud "dan mereka(tentera Islam) ketika itu dalam keadaan serba kekurangan".Dalam surah al-Anfal pula, Allah memberitahu Nabi saw bahawa mereka tidak akan berjumpa dengan kumpulan Abu Sufyan bin Harb bahkan kumpulan yang satu lagi(tentera utusan Abu Jahal).Dipendekkan cerita, umat Islam memenangi peperangan tersebut walaupun dalam keadaan serba kekurangan termasuk bilangan tentera yang sedikit yaitu 313 berbanding tentera kafir yang berjumlah 1000 dan lengkap dengan kelengkapan perang.Di dalam surah Ali Imran juga Allah mengatakan bahawa 3000 malaikat telah diutuskan bagi membantu tentera Islam.Allah juga mengatakan bahawa Dia telah menampakkan tentera Islam sedikit di mata tentera kafir supaya masing-masing merasakan mereka boleh memenangi peperangan tersebut dan sesungguhnya Allah menginginkan peperangan ini terjadi.Maka Allah mampu melakukan apa saja untuk melangsungkan peperangan tersebut.
Kesimpulannya, kita hendaklah yakin dengan pertolongan Allah dan mentaati perintahNya dan RasulNya.Ada hikmah disebaliknya.to be continued.......
pesanan penganjur-TEPATI waktu ceramah yang ditetapkan

Friday, 31 August 2007

Nisfu Sya'ban atau Sya'ban?

Assalamualaikum WBT. Bulan sya’ban telah sampai pertengahannya 2 hari lepas(28/8).
Namun ada apa dengan pertengahan sya’ban? Ada apa dengan nisfu sya’ban?
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)
Akan tetapi hadith di atas tidak mengajar apa-apa amalan khusus di malam atau siang Nisfu Sya’ban! Dari mana asalnya? Siapa pula nabi yang mendapat wahyu yang mengajar kita tentang ibadah-ibadah yang tak di ajar oleh Nabi Muhammad SAW penutup segala rasul ini.
Ulas Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Sudahlah mennyebarkan bid’ah, kita lalai, lupa sehingga menjadi tali barut penipu dan pendusta dengan menipu masyarakat menggunakan nama Rasul. Ibadah yang tak pernah di ajar Nabi SAW dikatakan di ajar oleh Rasulullah SAW.
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)
Ustaz Asri Zainul Abidin menyebutkan:
Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat barat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. ialah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya. Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya. Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. samada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ianya disebut sebagai al-hadith. Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadith pada hakikatnya, Cuma ianya disebut hadith berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadith palsu ialah:
“Hadith yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara dusta, ianya tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi `Ulum al-Hadith, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut)
Apakah modal-modal atau hadiith-hadith palsu yang dijadikan hujah untuk menipu masyarakat ini dan secara tak langsung mengkhianati agama wahyu yang telah sempurna ini?
a) Hadis tentang kelebihan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban
Tidak terdapat hadis sahih yang menyebut bahawa Nabi saw menghidupkan malam Nisfu Sya’ban ini dengan amalan-amalan yang khusus seperti sembahyang sunat yang khas atau doa-doa tertentu. Malah semua hadis tersebut adalah lemah dan palsu. Di antaranya ialah:
- Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: ((Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar))..
Hadis ini adalah maudhu’, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.
- Diriwayatkan daripada Ibn Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda: ((Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).
Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’. (Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128). Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.
- Diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata: ((Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya)).
Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu’.
Kebanyakan hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih. Justeru, tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya. Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah saw akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.
Al-Hafiz al-Iraqi berkata: ((Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah saw. Hal ini juga disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’: “Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama)). (Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).
Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata: ((Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu)).
(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).
Ulamak kontemporari masa kini, Syiekh Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:
((Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah)).
Beliau menambah lagi:
((Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya)). (Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)
Para ulama muktabar lain seperti Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan. Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al- Suyuti:
((Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah)). (Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)
b) Hadis tentang kelebihan puasa yang khas pada hari Nisfu Sya’ban.
Berhubung dengan amalan puasa yang khas pada Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis sahih yang menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yang lemah. Tetapi jika seseorang itu berpuasa berdasarkan amalan Nabi saw yang memperbanyakkan puasanya pada bulan ini dan termasuk di dalamnya hari Nisfu Sya’ban, maka ini adalah suatu amalan yang baik dan digalakkan. Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa sunat Hari Putih dan termasuk di dalamnya hari yang ke -15 pada bulan ini atau puasa sunat yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis. Jika puasa ini dilakukan pada Nisfu Sya’ban sahaja dengan menganggap ia adalah sunnah, maka inilah yang dilarang. Menurut Dr Yusof al-Qaradhawi:
((Di dalam kaedah syara’, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syara’ kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata)).
(Rujuk Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah, 2/343)
Untuk apa kita sibuk-sibuk beramal dengan yang tidak sunnah sedangkan berapa banyak sunnah yang kita abaikan. Bahkan berapa ramai daripada kita meremehkan sunnah-sunnah ada, walaupun sudah mengetahui tentang nya. Lihatlah apa jadi dengan sunnah solat menghadap ke sutrah. Bid’ah nisfu sya’ban lebih popular dengan sunnah yang makin dilupakan ini, bahkan dipandang pelik orang yang sibuk-sibuk mencari dinding atau objek untuk dijadikan sutrah. Berapa ramai daripada kita yang mengamalkan bersiwak waktu nak solat, waktu nak baca al-Quran? Berapa ramai daripada kita bila mendengar azan akan berselawat? Berapa ramai daripada kita yang mengamalkan doa-doa dan zikir-zikir yang Nabi SAW ajar? Lihatlah, bid’ah semakin membiak dan sunnah semakin pupus.
Wassalam.

..if everyone is thinking alike, then somebody isn't thinking..

Tuesday, 28 August 2007

Siapa Si Dia?

Tolong sampaikan pada si dia
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya. .
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya
walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..


"Sampaikan daripadaku walaupun 1 ayat"- hadith