Seusai santapan rohani dan kudapan di pagi hari, aku bergerak ke Greenwich yang jauhnya 10km dari Avery Hill. Bas 286 sememangnya pilihan dan hanya itulah pilihan yang ada. Rutin di dalam bas dijalankan seperti biasa. Tidur yang sekejap sememangnya sangat berkesan untuk menghilangkan mengantuk.Kalau tak sedarpun tidak mengapa. Pemandu bas akan terpaksa rela kejutkan aku. Baik sangatkah dia? Mungkin ya mungkin tidak. Sebab utamanya ialah universiti tempat aku belajar merupakan stesen terakhir bas 286.Huhuhu. Qailullah yang dilakukan Rasulullah saw sebelum zohor sememangnya memberi kesegaran untuk menempuh bahagian seterusnya dalam sesuatu hari. (Aku naik bas pada waktu pagi, bukan dekat zohor ye.Selingan mengenang sunnah manusia agung)
Kemudian aku terus menapak kaki memanjat bangunan King William ke tingkat dua memenuhi temujanji bersama Shazad dan Jafar untuk melangsaikan sebahagian hutang kerja kursus yang akan tamat tempoh pada 5 Febuari 2009 nanti. Makmal komputer bernombor 216 melekat di hati sanubariku.
Zohor membawa aku ke Queen Mary 160 bersolat jemaah dan menaut ukhuwwah dengan 'brothers' yang cekal menghidupkan 'prayer room' tersebut.
Sebagai persediaan menadah kalam Dr Ramesh, aku ke King William sekali lagi untuk mencetak nota Statistik hari ini disamping mengisi borang perjanjian dengan JobShop sebagai persetujuanku menjadi sebahagian daripada konco-konco CMS Champions, sejenis pekerjaan sampingan yang cenderung ke arah pengajaran matematik kepada pelajar sekolah kelolaan School of Computing and Mathematical Sciences/CMS School.
Epi, Syamil, Iman dan Pali sungguh tabah menghadapi kerenah Minitab sewaktu tutorial Statistik.Habis bergelumang dengan Minitab(yang jauh lebih senang berbanding Matlab), aku sekali lagi tejatuh hati dengan bas 286 ke mahligai di 10D Henry Tudor Building, Avery Hill Road.
Nasi goreng dihadap dengan berseleranya. Bismillah pembuka bicara antaraku dengan nasi itu. Rancangan untuk esok mesti selesai malam ini agar esok lebih baik dari hari ini. InsyaAllah.
Badan dilambung ke katil dengan muhasabah. Lidah ligat memuji dan memohon keampunan Allah sebelum mata rapat menjengah mati kecil.
Aku harap,esokku bermula dengan rahmat, akhirnyapun rahmat. Agar keberkatan digapai dalam mencari redhaNya.
Ampunkalah aku ya Allah. Rahmatilah aku ya Allah. Redhakanlah aku ya Allah.
Amiin ya rabbal alamin.
Tuesday, 27 January 2009
Wednesday, 21 January 2009
Untukmu Sahabat
Maksud hadis-
Hadis ini sentiasa terngiang-ngiang di telinga tatkala duduk bersendirian menilai tahap persahabatan dengan rakan-rakan yang sedia ada. Saya selalu juga mendengar hadis ini pada banyak ceramah sebelum ini. Bagaimanapun, penghayatan hadis ini masih amat kurang dalam diri sendiri(tak mahu menceritakan mengenai orang lain).
Kebanyakan penjelasan yang saya dapat daripada ceramah dan pembacaan, hadis ini membawa maksud, iman kita tidak akan sempurna jika saudara kita tidak dikasihi sebagaimana kita kasih kepada diri.
Contoh umumnya,jika kita sangat benci dihumban ke neraka, sebanyak itulah kita mesti membenci saudara kita dihumban ke neraka.Kalau kita tergila-gilakan syurga, sebanyak itulah juga kita ingin saudara kita bersama-sama ke sana.Bagaimana?
Dunia ini diibaratkan tempat bercucuk tanam dan akhirat pula sudah tentu tempat menuainya. Maka, di dunia inilah kita bertani berpandukan hadis ini sama ada kita ingin ke syurga atau ke neraka.Perlu pilih lagi?
Sudah tentu kita ingin ke syurga. Jadi, saudara-saudara seIslam juga perlu kita libatkan dalam menuai hasil yang kita semai itu.
Persoalannya, adakah kita sudi berkongsi projek dan hasil pertanian tersebut dengan ahli keluarga,kawan-kawan serta umat Islam seluruhnya?
Selalunya,jika memberi sedekah pakaian kepada orang susah, kita bagi yang buruk-buruk, yang sudah lama tak dipakai. Jika makan, kita pastikan bahagian kita yang cukup dahulu. Jika solat,kita tak kisah bagaimana keadaan solat keluarga dan kawan kita, asalkan solat kita diterima Allah. Kalau sahabat memerlukan wang, kita bagi, tapi setelah berfikir sangat panjang atau bagi sangat sedikit. Jika elaun kita tak cukup, kita melenting melatah,gegak gempita jadinya.Sebaliknya, apabila kawan kita yang menerimanya(sehingga langsung tak menerima elaun), menyoroklah kita bersenang bermewah di hujung dunia bersendirian.
Jika berbalik kepada sirah, Nabi Muhammad saw mengasihi para sahabat lebih daripada dirinya sendiri. Ketika menggali parit membuat persediaan menghadapi Perang Khandaq, ada sahabat mengikat perut mereka dengan sebongkah batu menahan lapar. Tahukah kita baginda saw mengikat dua bongkah batu diperutnya?
Begitu juga para sahabat, mereka mengasihi baginda saw dengan sekasih-kasihnya. Abu Bakar merelakan dirinya dipatuk ular sewaktu di Gua Thur demi tidak ingin mengganggu Rasulullah saw yang sedang tidur di pangkuannya. Umar hampir memancung seorang kafir yang menyentap serban kekasih Allah sehingga berbekas merah di lehernya.Ali yang comel memikul tanggungjawab menggantikan tempat tidur sepupunya saw yang ingin berhijrah ke Madinah.
Kita di mana?Bagaimana kita mengasihi ahli keluarga dan kawan-kawan kita?Sudah cukupkah kasih sayang kita kepada manusia ulung Muhammad saw agar kita diakuinya sebagai ummat di akirat nanti?
Justeru, tingkatkanlah nilai persaudaraan kita dengan mengasihi saudara-saudara kita sekurang-kurangnya sama dengan kita mengasihi diri sendiri.
(Saya juga terkena dengan tulisan ini).
Luahan hati, sentuhan rasa, persahabatan dari hati untuk hati.
Sekian.
"Tidak sempurna iman seseorang diantara kamu jika dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Wednesday, 7 January 2009
Buat Jangan Tak Buat!
Dengan nama Allah saya menyru sahabat-sahabat sekalian buat apa-apa yang termampu! Contohnya seperti berikut:
1.Doa Qunut Nazilah-
Dilakukan oleh Nabi Muhammad saw sempena mengutuk pembunuhan dan meminta pertolongan daripada Allah swt ke atas 70 orang sahabat yang pandai membaca al-Quran yang dihantar untuk berdakwah. Baginda saw melakukannya selama sebulan tanpa henti dan golongan yang terkutuk dalam doa qunut tersebut ialah Bani Salim, Bani Zakwan dan Bani'Asiyyah.Bacaan boleh dicari di internet(youtube pun banyak),buku dan lain-lain
2.Boikot
Boikot segala syarikat yang mempunyai share Zionis atau Israel atau yang memberi sumbangan kepada Zionis.Jangan dok bangga sangat dengan jenama yang kononnya hebat tapi membunuh saudara kita.Coca-cola, Mc Donald, Johnson n Johnson dan banyak lagi!
3.Protes
Sertai perarakan yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu. Seluruh dunia sememangnya sedar akan kedurjanaan yang dibawa Zionis ini.
(untuk pengetahuan semua,saya menyertai demonstrasi di London baru-baru ini. Menariknya yang bukan muslim memang sangat ramai)
4.Derma
Hulurkan sebanyak yang kita mampu dengan ikhlas.
pesanan:KEPADA YANG MENERIMA BIASISWA, MANFAATKANLAH DUIT RAKYAT ITU UNTUK UMMAH.JANGAN ASYIK MEMEWAHKAN DIRI JE!!!
5.Muhasabah diri
Sama-samalah kita muhasabah mengapa bencana-bencana besar melanda umat Islam sedangkan Allah mengangkat kita sebagai khaira ummah(sebaik ummah).
Fikirkanlah punca dan bertindak sepatutnya mengapa masih lagi tiada perpaduan diantara umat Islam terutamanya negara-negara Arab.
Seterusnya,bagaimana untuk kita lakukan pada skop yang lebih kecil seperti di Malaysia sendiri.
Free,Free Palestine!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, 4 January 2009
Free Free Palestine
Perbuatan biadab ini sememangnya mendapat kutukan dan celaan dari seluruh masyarakat dunia kecuali mereka yang bersekongkol dengan Israel termasuk pemimpin-pemimpin negara Arab terutamanya Mesir!
Di tengah-tengah Trafalgar Square semalam, seorang anak wanita kelahiran Gaza yang bernama Maryam ada menyebut,"........forget Egypt,forget Jordan....." Ini kerana, rakyat Palestin sudah tidak mempercayai saudara seIslam mereka yang bisu dan kaku melihat rejim Israel terus menerobos bumi suci Palestin. Masihkah lagi buta mata dan pekak telinga kita dengan rintihan sedemikian? Cuba gantikan perkataan Egypt dan Jordan dengan nama kita sendiri, ".....lupakan Famy,lupakan Famy..."
Yang bukan muslimpun mengerti. Kita?
Bebal sangatlah seseorang itu jika masih meragui maksud pekikan itu.
Justeru, saya menyeru saudara saudari sekalian agar sama-samalah kita buat apa yang termampu dalam menyokong perjuangan saudara kita di Gaza khasnya dan Palestin umumnya.
Alasan boleh dicari tetapi hakikat tidak akan lari. Doa, derma, protes dan boikot mesti diteruskan. Jika sebelum ini kita tidak memboikot, tak apalah, benda yang sudah lepas kira lepaslah.
Namun, muhasabah diri membawa erti bahawa hari esok lebih baik dari hari ini, hari ini lebih baik dari semalam.
Sebilangan peserta protes membaling kasut di hadapan kediaman Perdana Menteri di 10 Downing Street
Free free Palestine!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)