Tuesday 27 January 2009

Kembara

Seusai santapan rohani dan kudapan di pagi hari, aku bergerak ke Greenwich yang jauhnya 10km dari Avery Hill. Bas 286 sememangnya pilihan dan hanya itulah pilihan yang ada. Rutin di dalam bas dijalankan seperti biasa. Tidur yang sekejap sememangnya sangat berkesan untuk menghilangkan mengantuk.Kalau tak sedarpun tidak mengapa. Pemandu bas akan terpaksa rela kejutkan aku. Baik sangatkah dia? Mungkin ya mungkin tidak. Sebab utamanya ialah universiti tempat aku belajar merupakan stesen terakhir bas 286.Huhuhu. Qailullah yang dilakukan Rasulullah saw sebelum zohor sememangnya memberi kesegaran untuk menempuh bahagian seterusnya dalam sesuatu hari. (Aku naik bas pada waktu pagi, bukan dekat zohor ye.Selingan mengenang sunnah manusia agung)

Kemudian aku terus menapak kaki memanjat bangunan King William ke tingkat dua memenuhi temujanji bersama Shazad dan Jafar untuk melangsaikan sebahagian hutang kerja kursus yang akan tamat tempoh pada 5 Febuari 2009 nanti. Makmal komputer bernombor 216 melekat di hati sanubariku.

Zohor membawa aku ke Queen Mary 160 bersolat jemaah dan menaut ukhuwwah dengan 'brothers' yang cekal menghidupkan 'prayer room' tersebut.

Sebagai persediaan menadah kalam Dr Ramesh, aku ke King William sekali lagi untuk mencetak nota Statistik hari ini disamping mengisi borang perjanjian dengan JobShop sebagai persetujuanku menjadi sebahagian daripada konco-konco CMS Champions, sejenis pekerjaan sampingan yang cenderung ke arah pengajaran matematik kepada pelajar sekolah kelolaan School of Computing and Mathematical Sciences/CMS School.

Epi, Syamil, Iman dan Pali sungguh tabah menghadapi kerenah Minitab sewaktu tutorial Statistik.Habis bergelumang dengan Minitab(yang jauh lebih senang berbanding Matlab), aku sekali lagi tejatuh hati dengan bas 286 ke mahligai di 10D Henry Tudor Building, Avery Hill Road.

Nasi goreng dihadap dengan berseleranya. Bismillah pembuka bicara antaraku dengan nasi itu. Rancangan untuk esok mesti selesai malam ini agar esok lebih baik dari hari ini. InsyaAllah.

Badan dilambung ke katil dengan muhasabah. Lidah ligat memuji dan memohon keampunan Allah sebelum mata rapat menjengah mati kecil.

Aku harap,esokku bermula dengan rahmat, akhirnyapun rahmat. Agar keberkatan digapai dalam mencari redhaNya.

Ampunkalah aku ya Allah. Rahmatilah aku ya Allah. Redhakanlah aku ya Allah.
Amiin ya rabbal alamin.

1 comment:

joegrimjow said...

patut la ak nak p london ko xde. haiyok