Sunday 4 January 2009

Free Free Palestine


Belum reda semangat protes di hari semalam di tengah-tengah Kota London dan seterusnya di kedutaannya, Israel tanpa segan silu mengumumkan kemasukan rejim daratnye ke Semenanjung Gaza untuk terus menyembelih saudara-saudara seIslam kita di sana.

Perbuatan biadab ini sememangnya mendapat kutukan dan celaan dari seluruh masyarakat dunia kecuali mereka yang bersekongkol dengan Israel termasuk pemimpin-pemimpin negara Arab terutamanya Mesir!

Di tengah-tengah Trafalgar Square semalam, seorang anak wanita kelahiran Gaza yang bernama Maryam ada menyebut,"........forget Egypt,forget Jordan....." Ini kerana, rakyat Palestin sudah tidak mempercayai saudara seIslam mereka yang bisu dan kaku melihat rejim Israel terus menerobos bumi suci Palestin. Masihkah lagi buta mata dan pekak telinga kita dengan rintihan sedemikian? Cuba gantikan perkataan Egypt dan Jordan dengan nama kita sendiri, ".....lupakan Famy,lupakan Famy..."
Yang bukan muslimpun mengerti. Kita?

Bebal sangatlah seseorang itu jika masih meragui maksud pekikan itu.
Justeru, saya menyeru saudara saudari sekalian agar sama-samalah kita buat apa yang termampu dalam menyokong perjuangan saudara kita di Gaza khasnya dan Palestin umumnya.

Alasan boleh dicari tetapi hakikat tidak akan lari. Doa, derma, protes dan boikot mesti diteruskan. Jika sebelum ini kita tidak memboikot, tak apalah, benda yang sudah lepas kira lepaslah.
Namun, muhasabah diri membawa erti bahawa hari esok lebih baik dari hari ini, hari ini lebih baik dari semalam.
Sebilangan peserta protes membaling kasut di hadapan kediaman Perdana Menteri di 10 Downing Street


Free free Palestine!!!

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wrt wbt.
subhanallah nice written article!Di saat dan ketika ini jumlah kematian dan kecederaan di Gaza semakin meningkat.Pada masa yang sama bekalan ubatan makanan telah disekat. Tampak sepeti mahu membunuh saudara2 kita di palestine secara perlahan2. Namun mereka tidak sedar bahawa teramat mustahil buat mereka laknatullah untuk membunuh hati2 umat Islam. Bahang jihad di dalam setiap hati muslim yang sngt cintakan pertemuan maha agung melihat Allah di syurga kelak tidak dapat di hilangkan dengan hanya bedilan dan tembakan senjata api.

Mohon sama2 teruskan doa dan usaha semampu boleh. Moga di hadapan Allah kelak kita dpt berlepas diri dari ketidakpedulian pada nasib saudara se aqidah.

p/s: pelik ek, tngah2 berdemo pon sempat lagi baling kasut. Kita muslim sgt tegas dan berpendirian dan pada masa yang sama sgt teliti dan berwaspada. Berdemo untuk mnyampain mesej dan memberi seksa bukan sekadar menunjukkan rasa! Drpd baling kasut (membazir dan merugikan diri sendiri- muslim x buat mcm nih) baiklah bagi pamplet ke, cerite kat orng sekeliling pasal Palestine.

y malas update blog sendiri.
rijal dakwah assotoni. =)

Muhammad Famy Bin Nor Rijam said...

sape ni?hisyam ke?

Muhammad Famy Bin Nor Rijam said...

terime kasih atas sokongan anonymous!