Sunday, 5 August 2007

Cintailah CINTA


Sebermulanya IAW 07, ramai yang mula bercakap-cakap mengenai temanya yang mempunyai maksud yang begitu mendalam,Revert To The Virtuous Love.Maksudnya, paham-paham jelahkan.Tapi, itu hanyalah yang tersurat.Yang selalu dilihat dengan membuta tuli oleh mata kasar.Namun, yang tersirat jualah yang memberi penjelasan bagi merungkai segala kekusutan yang berlegar-legar di ruang fikiran. Pada tafsiran blogger,tema kali ini sangatlah berhajat untuk membawa manusia memahami apa itu cinta fitrah(virtuous love).Manusia memiliki fitrah seperti berkahwin,makan,rehat, tidur, bersosial dan juga gejolak cinta yang menghamburi perasaan.Persoalannya, kenalkah kita dengan fitrah? Fitrah itu bermaksud sesuatu yang suci, ibarat kain putih yang tiada noda(kata Yasin dalam sebuah lagunya) atau sesuatu yang asal.Cinta fitrah itu bermaksud cinta yang suci atau yang asalnya. Itulah cinta yang perlu disemai dalam jiwa sanubari setiap yang bergelar INSAN.Sebagai makhluk(yang dicipta) cintanya itu perlulah ditujukan kepada yang Menciptanya(dari asal dia datang).Manusia juga bergelar makhluk.Justeru, cinta manusia mestilah bermaksudkan kepada Allah Ar-Rahim(Maha Mengasihani) yaitu Tuhan ynag menciptanya.Maka, apa-apa yang dilakukan mestilah mempunyai matlamat menzahirkan rasa cinta itu kepadaNya.



Bagaimana?
Tentunya dengan membuat perkara yang disukai 'orang' yang dicintai itu.Bukan jumud, tetapi contoh yang kebiasan diambil adalah apabila seorang lelaki mencintai wanita kerana contoh tersebut sangat mudah difahami.Bila seseorang itu dilamun cinta, kelakuannya akan sentiasa lebih terkawal sewaktu kehadiran si dia.Apa-apa sahaja menjadi baik dengan kelibat si dia di sisi.Suara tidak ditinggikan, sopan santun diamalkan, masing-masing berendah diri, kawan dihormati,kerja pun cepat siap, everything becomes cool. Inilah yang berlaku apabila rasa cinta itu dizahirkan dalam bentuk yang boleh dilihat. Jadi begitulah juga apabila menzahirkan cinta kepada si Dia. Apa yang Dia suka, zahirkanlah. Apa yang Dia tak suka, tinggalkanlah. Kerna, Dialah CINTA kita.Maka, cintailah CINTA.

No comments: