Ketika dimi'rajkan(diperjalankan di langit), Rasulullah s.a.w melihat atau mengalami (atau apap-apa sahaja perkataan yang sesuai diletakkan dengan peristiw-peristiwa tersebut) pelbagai peristiwa sepeti berikut:
- Kaum yang bercucuk tanam dan menuai hasilnya pada hari yang sama-Ganjaran yang berlipat kali ganda bagi orang yang berjuang di jalan Allah
- Bau yang sangat harum-Datang dari Masyitah, penyisir rambut anak perempuan Firaun. Beliau dihukum dengan dihumban ke dalam minyak yang panas kerana mengaku Allah sebagai tuhan, bukan Firaun
- Kaum yang makan daging busuk walaupun ada daging yang masak disediakan-Balasan bagi lelaki yang muhson(berkahwin) tetapi masih meniduri pelacur
- Seorang lelaki yang memikul kayu api lalu menambah lagi bebanan tersebut walaupun dia tidak mampu mengangkatnya-Gambaran orang yang memiliki amanah tetapi masih menerima amanah lain walaupun dia tidak mampu memikulnya
- Kaum yang gunting lidah,apabila lidahnya tumbuh diguntingnya kembali-Balasan bagi orang yang membuat fitnah dan suka cetuskan pergaduhan
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka-Balasan orang yang mengumpat dan jatuhkan maruah orang lain
- Rasulullah s.a.w lalu di satu embah yang berbau harum-Itulah Syurga
- Rasulullah s.a.w lalu di satu lembah yang busuk dan terdengar bunyi yang amat mengerikan-Itulah Neraka
- Jumpa wanita-wanita cantik yang memanggil ke arahnya namun, Rasulullah tidak menjawab panggilan tersebut- Itulah godaan dunia,dalam Rasulullah tidak menyahut panggilan itupun umatnya masih tergila-gilakan dunia
- Bertemu wanita tua yang sangat bongkok yang meminta Rasulullah s.a.w menunggunya- Itulah gambaran umur dunia yang sudah terlalu tua.Itupun 1428 tahun yang dulu
No comments:
Post a Comment