Antara contoh-contoh double standard terhadap agama ialah:
- Subjek-subjek akademik(FARDHU KIFAYAH) diberi tumpuan penuh termasuk mengambil nota sewaktu di dalam kelas namun Pengajian Islam(FARDHU AIN) hanyalah dengan masuk kelas,duduk,dengar,gelak-gelak dan keluar tanpa keseriusan
- Buku rujukan bersifat akademik dan novel dirujuk dan dibaca berjilid-jilid banyaknya.Bukan itu sahaja malah, dipromotenye pula kepada kawan-kawan.Tetapi, terjemahan Al-Quran(belum tafsir lagi) yang satu tu pun tak habis dibacanya.Entah kenal entah tidak.Buku rujukan agama hanyalah dibiarkan ditumbuhi debu dirak-rak surau dan perpustakaan
- Nama-nama personaliti popular eg pemain bolasepak,artis-artis barat,perempuan/lelaki cantik/handsome,tokoh-tokoh barat dikenali.Para pemain yang wujud dalam sirah atau sejarah Islam seperti Ammar,Sumayyah,Saad bin Abi Waqas,Abu Ubaidah Al-Jarrah,Uwais Al-Qarni hanya berlegar di kotak fikiran bila disebut.Selanjutnya dilupakan malah tak dikenali langsung
- Karya penulis-penulis moden yang kadangkala pro sekularisme dan libelalisme sangat disanjungi walhal pencetus pemikiran moden seperti IbnuKhaldun(Muqaddimah), Imam Al-Ghazali(Tahafut al-Falasifah),Imam As-Syafii(Ihya' Ulumuddin, Al-Umm) dan banyak lagi tak pernah dibelek apatah lagi mengaguminya
- Boleh tengok movie atau drama bersiri yang berjam-jam lamanya tetapi bila pasal nak menonton show(debate,talk,movies) berkaitan agama walaupun ia bersifat intelektual dan pendek, masa pulak tak cukup.Maklumlah, banyak pulak cubaan bila nak buat benda baik ni
- Bila seseorang lain menasihati seseorang yang sedang belajar yang juga aktif dalam agama(biasanya orang tua terhadap orang muda), yang dikatakannya ialah,"agama, agama jugak, tapi belajar jangan tinggal" jarang-jarang yang berpesan,"belajar, belajar jugak, tapi agama yang paling utama ye"
- Artikel-artikel sebegini pendek dikatakan panjang namun, berita-berita dan artikel-artikel lain diamati dengan sabar sehingga habis
No comments:
Post a Comment