Monday 6 August 2007

Cita-cita adalah angan-angan

The image “http://www.businesstrainingworks.com/images/Course%20Outline/32-Creativity-and-Thinking.gif” cannot be displayed, because it contains errors.


Boleh dikatakan cita-cita adalah angan-angan yang boleh jd kosong atau berisi. Kosong kerana ia hanya khayalan sebelum tidur dan berisi jika disertai dengan usaha untuk mencapainya. Ia banyak dipengaruhi oleh kehendak seseorang. Contohnya, kebanyakan kanak-kanak ingin menjadi doktor, tentera, polis dan sebagainya ketika masih kecil walaupun mereka sebenarnya tidak tahu. Mereka ingin menjadi doktor kerana melihat doktor boleh rawat orang sakit, tentera kerana boleh memegang senjata seperti di dalam cerita TV, dan polis kerana boleh tangkap org jahat juga seperti yang mereka lihat dalam TV.

Persoalanya adakah cita-cita mereka akan kekal sehingga mereka dewasa dan adakah mereka berjaya mencapainya. Paling penting sekali adakah mereka berusaha ke arah mencapainya. Mungkin dari 100 org, hanya seorang yang berjaya. Kenapa ini berlaku? Seperti yang dinyatakan tadi, ia hanya angan-angan sahaja. Sebenarnya tidak salah mempunyai angan-angan. Tidak terbina sebuah mahligai indah seperti Taj Mahal tanpa angan-angan. Angan-angan adalah langkah pertama untuk sebuah kejayaan. Selain dari itu, angan-angan yang disertakan dengan usaha boleh dijadikan target atau sasaran dalam hidup. Jadi mempunyai angan-angan itu tidak salah. Menyentuh soal target atau sasaran dalam hidup, terdapat beberapa saranan bagaimana menetapkan sasaran hidup kita.

http://www.healingfeats.com/brain.gif

Pertama, sasaran jangka panjang; sesuatu yang ingin dicapai dalam masa 10 tahun akan datang. Contohnya, ingin membuka perniagaan sendiri, berkahwin, menunaikan haji dan sebagainya. Tidak salah jika kita sasarkan sesuatu yang mungkin kita tidak mampu capai pada masa sekarang kerana kita perlu berusaha sikit demi sedikit untuk mencapainya. Kedua, sasaran jangka sederhana; sesuatu yang ingin dicapai dalam tempoh masa satu hingga dua tahun akan datang. Contohnya, jika hari ini kita terpaksa menaiki bas untuk ke tempat kerja dan ingin mempunya kenderaan sendiri suatu hari nanti. Itulah yang dinamakan sasaran jangka sederhana. Akhir sekali, sasaran jangka pendek; sesuatu yang ingin dicapai dalam masa kurang dari setahun. Contohnya, seorang graduan yang masih belum mempunyai kerjaya mencari kerja yang sesuai dengan pendidikannya.

Kesimpulannya, angan-angan adalah cita-cita dalam dua konteks yang berbeza. Jadi tidak salah untuk mempunyai cita-cita yang tinggi asalkan kita berusaha untuk mencapainya.

No comments: