Monday 13 August 2007

Peristiwa Sewaktu Isra' dan Mi'raj

Berikut adalah bingkisan daripada ceramah Isra' Mi'raj yang disampaikan oleh Ustaz Anhar Upir dari UPSI pada 27 Rejab 1428H/ 11 Ogos 2007M selepas Maghrib di Musolla As-Saad, KYUEM.

Ketika dimi'rajkan(diperjalankan di langit), Rasulullah s.a.w melihat atau mengalami (atau apap-apa sahaja perkataan yang sesuai diletakkan dengan peristiw-peristiwa tersebut) pelbagai peristiwa sepeti berikut:
  1. Kaum yang bercucuk tanam dan menuai hasilnya pada hari yang sama-Ganjaran yang berlipat kali ganda bagi orang yang berjuang di jalan Allah
  2. Bau yang sangat harum-Datang dari Masyitah, penyisir rambut anak perempuan Firaun. Beliau dihukum dengan dihumban ke dalam minyak yang panas kerana mengaku Allah sebagai tuhan, bukan Firaun
  3. Kaum yang makan daging busuk walaupun ada daging yang masak disediakan-Balasan bagi lelaki yang muhson(berkahwin) tetapi masih meniduri pelacur
  4. Seorang lelaki yang memikul kayu api lalu menambah lagi bebanan tersebut walaupun dia tidak mampu mengangkatnya-Gambaran orang yang memiliki amanah tetapi masih menerima amanah lain walaupun dia tidak mampu memikulnya
  5. Kaum yang gunting lidah,apabila lidahnya tumbuh diguntingnya kembali-Balasan bagi orang yang membuat fitnah dan suka cetuskan pergaduhan
  6. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka-Balasan orang yang mengumpat dan jatuhkan maruah orang lain
  7. Rasulullah s.a.w lalu di satu embah yang berbau harum-Itulah Syurga
  8. Rasulullah s.a.w lalu di satu lembah yang busuk dan terdengar bunyi yang amat mengerikan-Itulah Neraka
  9. Jumpa wanita-wanita cantik yang memanggil ke arahnya namun, Rasulullah tidak menjawab panggilan tersebut- Itulah godaan dunia,dalam Rasulullah tidak menyahut panggilan itupun umatnya masih tergila-gilakan dunia
  10. Bertemu wanita tua yang sangat bongkok yang meminta Rasulullah s.a.w menunggunya- Itulah gambaran umur dunia yang sudah terlalu tua.Itupun 1428 tahun yang dulu
Ini hanyalah sebahagian daripada peristiwa-peristiwa yang dialami Baginda s.a.w.Yang lain nya InsyaAllah akan menyusul.Semoga kita mendapat iktibar agar tidak melakukan perkara-perkara yang buruk dalam hidup seharian yang telah Allah pertontonkan balasanyya dalam peristiwa tersebut.Naúdzubillaahi min zaalik.

No comments: