Suasana hidup mempunyai banyak pengaruh dalam hidup.Lantas ramai manusia yang terjelepuk ke daerah keliru antara mahu dan perlu.Begitulah hakikatnya hidup dalam era yang "mahu" menjadi suatu yang tidak mustahil untuk dicapai.Bahkan, mahu itulah yang mengangkat ketamadunan manusia hingga jauh ke bulan sana.Namun, dalam keghairahan mengejar kemahuan,berapa ramai manusia alpa akan keperluan diri?Lantas, hidup menjadi terumbang-ambing seperti anak ayam kehilangan ibu apabila yang diimpikan tak kunjung tiba.Manusia mahu akan kebijaksanaan, kemasyhuran, kekayaan, kekuasaan dan sentiasa bergerak seiring dengannya.Justeru menyatakan bahawasanya inilah yang terbaik untuk mereka.Tetapi, apabila ini tidak menjadi kenyataan, hati mula gelisah bagai cacing kepanasan.Sedangkan, yang terbaik dalam hidup seseorang itu adalah apa yang dia perlukan.Contohnya,seseorang yang alah terhadap makanan laut, tetap mempunyai kemahuan untuk menikmati aroma kelazatan juadah tersebut.Sebaliknya, apa yang diperlukan adalah untuk mengawal kesihatan badan. Maka, apa yang diperlukannya(menjaga kesihatan) bukanlah apa yang diidamkannya(menikmati juadah tersebut).Kesimpulan contoh tersebut, apa yang dia perlukan adalah lebih baik apa yang dia mahukan. Disamping itu, harus diingatkan juga bahawasanya,bukan semua yang manusia mahukan adalah apa yang ia perlukan.Cuma, janganlah terlalu mudah menyerah atau melatah apabila yang dimahukan itu tidak kesampaian.Dalam satu hal lagi, manusia juga mudah kecewa apabila cita-citanya terhalang dek 'lumrah kehidupan.' Sebagai pedoman, cuba bayangkan seorang pelajar yang gigih berusaha untuk mencapai impian manjadi doktor, tetapi tidak mendapat keputusan yang bagus dalam Matrikulasi atau STPM.Lalu, dia teramat kecewa kerana tidak dapat meneruskan hasratnya untuk menjadi doktor.Pada suatu hari, dia menghadiri upacara penyembelihan lembu korban pada Hari Raya Aidiladha.Dengan tidak semena-menanya dia tiba-tiba jatuh pengsan ketika menyaksikan upacara tersebut walaupun lembu korban tersebut masih belum tumbang dek ketajaman mata pisau Pak Imam.Apabila sedar, seorang kawan menyoalnya tentang apa yang berlaku terhadapnya.Lalu, dia memberitahu bahawa dia sebenarnya mabuk darah.Mulai saat itu, dia mula sedar kenapa dia tidak layak menjadi doktor.Yaitu, kelemahannya apabila melihat darah yang banyak. 15 tahun kemudian, dia didapati memiliki beberapa cawangan farmasi.
Moralnya, menjadi doktor bukanlah yang terbaik untuknya walaupun itulah yang dimahukannya malah, apa yang diperlukannya adalah ketabahan menyelongkar hikmah disebalik kegagalannya dalam peperiksaan besar tersebut.Natijahnya, dia berjaya dalam perniagaan membuka farmasi yang juga mempunyai kaitan dengan bidang perubatan.Biarlah Allah menentukan segalanya, kita hanya perlu usahakan yang terbaik kerana sebagai Pencipta, Dialah yang lebih mengetahui akan keperluan apa yang diciptakanNya.Setiap kejadian itu pasti dan pasti dan pasti ada hikmahnya. Cuma, terpulanglah kepada kita bagaimana hendak menilai takdir tersebut.Fikir-fikirkanlah........
Friday, 3 August 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
permulaan yang baik.keep it up!
Post a Comment